revolution per minute | putaran per minit | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bilangan pusingan aci engkol dalam masa satu minit. Putaran ini mewakili kelajuan putaran enjin dan ditunjukkan pada papan pemuka secara elektronik atau tolok dail. Unit ini biasanya ditanda sebagai rpm. Singkatan RPM. |
cardiac output | keluaran jantung | Kejururawatan | Tiada | Jumlah darah yang dipam keluar semasa kontraksi ventrikel dalam masa satu minit. Semasa rehat setiap kontraksi ventrikel kiri biasanya mengepam 70 ml darah. Jika nadi seseorang 70 kali per minit, maka keluaran kardiaknya ialah 4900 ml. |
pitting edema | edema lekuk | Kejururawatan | Tiada | Kesan lekuk yang tertinggal beberapa minit selepas ditekan dengan jari. |
cold rate | kadar sejuk | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Masa diperlukan dalam minit untuk mengalirkan arus 300 ampere pada suhu 0�F sebelum voltan menurun di bawah aras 1.0 volt. |
idle speed | kelajuan melahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kelajuan dalam unit putaran per minit (rpm) yang ditentukan untuk sesebuah enjin berada dalam keadaan melahu. Dalam keadaan ini, injak pemecut dilepaskan sepenuhnya dan enjin tidak dikenakan sebarang beban. Julat kelajuan yang biasa adalah antara 600 rpm hingga 850 rpm. Nilai sebenar kelajuan melahu ditentukan oleh spesifikasi enjin. |
pasteurization | pempasteuran | Kejururawatan | Tiada | Pendedahan makanan kepada suhu 65�C selama 30 minit dan diikuti dengan pendinginan yang cepat untuk memusnahkan mikroorganisma. |
RPM | RPM | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Singkatan bagi revolution per minute. Lihat putaran per minit. |
basal metabolic rate | kadar metabolisme asas | Sains Kesihatan | Tiada | Jumlah tenaga yang digunakan per minit. |
reserve capacity | muatan simpanan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pengelasan bateri berdasarkan tempoh masa (dalam minit) yang diambil oleh bateri pada suhu 26.7�C (80�F) untuk membekalkan arus 25 ampere, sebelum voltan pada setiap sel bateri menurun kurang daripada 1.75 volt. |
duty cycle | kitar tugas | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kitaran penyejukan yang diperlukan oleh sesuatu tiub sinar-X semasa mengendalikan peralatan, bagi mengekalkan jangka hayat alat tersebut. Contohnya, jika sesuatu mesin mempunyai 50% kitar tugas, bermakna selepas digunakan selama 5 minit, mesin tersebut perlu direhatkan selama 5 minit. |