Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempoh masa yg lamanya 60 saat, 601 jam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ukuran masa yg lamanya 60 saat; jam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minit (kata nama)
Bersinonim dengan enam puluh saat, 1/60 jam.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
minute-by-minute profileprofil minit ke minitKomunikasiKorporatPola tontonan rancangan radio dan televisyen yang diperoleh hasil kajian penarafan yang dibuat oleh syarikat penarafan yang dilantik berdasarkan pendedahan khalayak dari minit ke minit. Penarafan secara minit ke minit ini menjelaskan kedudukan jumlah khalayak sesuatu rancangan secara terperinci. Pemantauan secara terperinci ini boleh membantu pengiklan mengenal pasti jumlah khalayak yang bertambah atau menurun bagi sesuatu detik masa. Hasil penarafan ini turut membantu pihak perancang media dalam agensi pengiklanan untuk mengenal pasti titik masa yang sesuai untuk meletakkan iklan mereka.
back timingpemasaan undurKomunikasiTiadaProses mengira masa sesebuah rancangan televisyen yang disiarkan secara mengundur. Contohnya, Sekiranya masa siaran sesuatu penerbitan rancangan itu mengambil masa 20 minit, maka pengiraan masa perlu bermula dari 20 minit dan disusutkan menjadi 10 minit, 5 minit, 1 minit dan seterusnya sehingga rancangan dan masa yang diperuntukkan itu tamat.
commercial minuteminit iklanKomunikasiKorporatUkuran kos penggunaan ruang masa siaran iklan di media elektronik. Selain bentuk minit, kos penyiaran iklan boleh juga diukur dalam bentuk saat. Pengiraan pembayaran yang dibuat mengikut minit bergantung pada jenis rancangan dan kedudukan masa siaran. Hal ini kerana terdapat sesetengah stesen penyiaran menentukan pengiraan kos iklan mengikut minit, hanya untuk ruang siaran yang bukan pada masa perdana. Pada masa perdana pula, pengiraan kos iklan dibuat berdasarkan saat. Nilai minit atau saat yang dijual berbeza antara stesen bergantung pada populariti stesen atau populariti rancangan. Penentuan kos juga tidak tetap dan bergantung pada perkembangan ekonomi semasa.
minuteminitMatematikTiadaUnit sukatan untuk masa ataupun sudut. Untuk masa, 60 saat = 1 minit. Untuk sudut, 60 minit = 1o.
mandatory minute volumeisi padu minit mandatoriPerubatanTiadaMod ventilasi untuk memisahkan pesakit daripada bergantung kepada ventilator secara berperingkat-peringkat. Pesakit bernafas secara spontan dengan praset ventilasi minit. Ventilator boleh mengubah ventilasi minit secara automatik supaya pesakit mendapat praset ventilasi minit walaupun berlaku perubahan ventilasi spontan pesakit.
heart ratekadar jantungVeterinarPraklinikalKadar degupan jantung. Kadar ini berbeza mengikut spesies dan aktiviti fizikal. Contoh kadar jantung rehat normal bagi kuda ialah 30 hingga 40 degup/minit; lembu 60 hingga 80 degup/minit; kambing 70 hingga 120 degup/minit; anjing 100 hingga 130 degup/minit dan kucing 110 hingga 140 degup/minit.
drinks intervalwaktu minumSukanTiadaMasa rehat selama tiga 3. minit yang dibenarkan setelah bermain selama satu 1. jam. Masa rehat seterusnya, selama tiga 3. minit juga dibenarkan, selepas 45 minit permainan yang berikutnya.
revolution per minitputaran per minitTeknikElektrikUnit bagi kelajuan sesuatu objek yang berputar, seperti kelajuan motor dan kelajuan penjana, dan biasanya ditulis dalam singkatan ppm.
minicassettekaset miniPentadbiran PerniagaanTiadaKaset yang mempunyai keupayaan untuk menampung rencana selama 60 minit atau 30 minit sebelah.
lines per minute (LPM)baris per minitPentadbiran PerniagaanTiadaKadar baris yang didapati bagi setiap minit semasa mencetak.
12345678910...

Kembali ke atas