health destruction | mudarat kesihatan | Kejururawatan | Tiada | Aktiviti yang merosakkan kesihatan seseorang, seperti merokok, minum arak dan penyalahgunaan dadah. |
group inclusive order | pesanan kumpulan terangkum | Pelancongan | Tiada | Pesanan secara berkumpulan yang merangkumi pakej seperti tambang kapal terbang, penginapan, makan minum dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong. |
fully inclusive tour | lawatan lengkap terangkum | Pelancongan | Tiada | Lawatan yang mengambil kira kesemua kemudahan perkhidmatan termasuk tambang pengangkutan, kos penginapan, makan minum dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong. |
group inclusive tour | lawatan kumpulan terangkum | Pelancongan | Tiada | Lawatan secara berkumpulan berdasarkan pakej percutian yang merangkumi semua perkhidmatan termasuk pengangkutan, penginapan, makan dan minum. |
in-kind sponsor | penaja barangan; penaja perkhidmatan | Ekonomi | Tiada | Yayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara dalam bentuk barangan atau perkhidmatan (bukan wang tunai) seperti perjalanan, penginapan, hadiah, makan minum dan lain-lain. |
in-kind sponsor | penaja barangan; penaja perkhidmatan | Komunikasi | Tiada | Yayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara dalam bentuk barangan atau perkhidmatan (bukan wang tunai) seperti perjalanan, penginapan, hadiah, makan minum dan lain-lain. |
activity of daily living | aktiviti hidup harian | Kejururawatan | Tiada | Aktiviti normal yang dilakukan dalam kehidupan harian seseorang individu yang sihat. Menurut Virginia Henderson, aktiviti tersebut terbahagi kepada 14 seperti yang berikut, iaitu: (a) bernafas secara normal (b) makan dan minum secukupnya (c) perkumuhan secara normal (d) bergerak bebas dan mengekalkan postur yang betul (e) tidur dan rehat (f) berpakaian yang sesuai (g) pengekalan suhu badan normal (h) kebersihan dan keterampilan diri, dan melindungi kulit (i) mengekalkan keselamatan diri (j) berkomunikasi dan meluahkan emosi (k) mengamalkan kepercayaan agama (l) kepuasan diri (m) mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi (n) belajar dan sifat ingin tahu untuk memenuhi kepuasan perkembangan, dan kesihatan |