Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : minyak utk melicinkan atau melanĀ­carkan pergerakan bahagian-bahagian enjin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oil filterpenuras minyakKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang dipasang pada sistem pelinciran untuk menyingkirkan zarah pelelas daripada minyak pelincir. Minyak pelincir perlu dituras sebelum dikitar semula dan digunakan semula sebagai pelincir. Proses ini dapat mengurangkan kehausan komponen yang bergesel dalam enjin. Bahan penuras diperbuat daripada medium poros seperti kertas.
oil level indicatorpenunjuk aras minyakKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang menunjukkan aras minyak pelincir yang sesuai dalam penakung minyak. Terdapat dua bentuk penunjuk aras minyak pelincir yang digunakan, iaitu pengukur celup dan kaca penglihatan. Bagi pengukur celup dan kaca penglihatan, terdapat tanda aras maksimum dan minimum. Aras minyak pelincir perlu dipastikan berada di antara dua aras ini bagi memastikan minyak pelincir tidak melebihi jumlah yang di- tentukan atau tidak terlalu kurang daripada had minimumnya. Sinonim pengukur celup.
oil dilutionpencairan minyakKejuruteraan AutomotifEnjinPengurangan kepekatan minyak pelincir dalam kotak engkol. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh sisipan bahan api cecair dari kebuk pembakaran ke dalam kotak engkol dan bercampur dengan minyak pelincir. Percampuran ini mencairkan minyak pelincir dan mengurangkan keberkesanan fungsinya.
mist lubrication systemsistem pelinciran kabusKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pelinciran enjin yang mencampurkan minyak pelincir dengan bahan api dengan nisbah 3% hingga 6%. Campuran ini diaruh melalui karburetor ke dalam kebuk pembakaran, menyebabkan bahan api terpeluwap dan minyak pelincir dalam keadaan berkabus. Campuran berkabus ini akan tersebar ke dalam silinder melalui kotak engkol. Kabus ini akan melekat pada dinding silinder dan membentuk filem pelincir yang melincirkan galas utama dalam rod penyambung manakala minyak pelincir selebihnya melincirkan omboh, gegelang omboh dan silinder. Dalam sesetengah enjin moden, minyak pelincir di- suntik terus ke dalam karburetor dengan kuantiti yang terkawal untuk melindungi permukaan silinder manakala galas utama juga menerima minyak daripada pam berasingan.
crankcase dilutionpencairan dalam kotak engkolKejuruteraan AutomotifEnjinPencairan minyak pelincir oleh bahan api petrol dalam kotak engkol. Keadaan ini disebabkan oleh pemeluwapan gas hembus pintas dalam enjin sejuk yang menyelinap masuk melalui dinding silinder ke dalam kotak engkol. Pencairan menyebabkan minyak pelincir perlu ditukar dari semasa ke semasa seperti yang dijadualkan oleh pengeluar kenderaan.
synthetic oilminyak sintetikKejuruteraan AutomotifEnjinMinyak pelincir buatan yang lebih berkualiti berbanding minyak pelincir mineral tulen yang berasaskan petroleum. Minyak sintetik lebih tahan pada suhu yang tinggi dan kurang likat pada suhu yang rendah berbanding minyak mineral tulen.
bypass valveinjap pintasanKejuruteraan AutomotifEnjinSuatu injap dalam sebuah penapis minyak yang akan terbuka dan mengalirkan minyak pelincir ke laluan lain apabila penapis tersebut tersumbat. Proses ini bertujuan untuk mengekalkan bekalan minyak pelincir ke bahagian dalam enjin walaupun penapis tersumbat.
blue smokeasap biruKejuruteraan AutomotifEnjinGas ekzos berwarna kebiru-biruan yang disebabkan pemba- karan minyak pelincir yang terlepas masuk ke dalam kebuk pembakaran dan bergabung dengan campuran udara-bahan api. Keadaan ini berlaku apabila gegelang omboh tidak boleh beroperasi sebagai pengendap yang sempurna. Minyak pelincir juga boleh memasuki kebuk pembakaran melalui pandu injap.
panpanciKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTakung minyak pelincir yang terdapat di bahagian bawah kereta.
SASAKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLabel minyak pelincir yang digunakan dalam enjin yang beroperasi pada keadaan kurang lasak.
12345678

Kembali ke atas