Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.rip] | ميريڤ

Definisi : hampir sama atau serupa (dgn), me­nyerupai benar: mukanya ~ ke wajah ayah-nya; kemiripan perihal atau keadaan mirip (dgn). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.rip] | ميريڤ

Definisi : menyerupai benar; hampir sama (bkn rupa dll): Wajahnya ~ wajah ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mirip (kata kerja)
Bersinonim dengan seakan-akan, serupa dengan, menyerupai, hampir sama dengan, menyamai, seiras dengan, irap, meh-meh, macam, seperti;,
Kata Terbitan : kemiripan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
near rhymerima miripKesusasteraanPuisiPenggunaan rima yang hampir sama atau hampir serupa terutama dari segi bunyi apabila dideklamasikan sama ada terletak di dalam baris mahupun di hujung baris. Contohnya, dalam pantun berikut: Banyaklah hari antara hari, Tidak semulia hari Jumaat; Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad.
voluntary compensation insuranceinsurans pampasan sukarelainsuransTiadaSejenis perlindungan yang mirip kepada insurans pampasan pekerja yang mana tidak dikenakan dan dikehendaki undang-undang. Contohnya seorang majikan dengan secara sukarela ingin membayar faedah pampasan kepada ahli sekumpulan olahraga yang ditaja oleh syarikatnya.
plant parentpemelihara tumbuhanUmumTiadaSeseorang yang menjaga atau merawat tumbuhan, mirip seperti peranan ibu bapa dalam menguruskan anak-anak.
ca!ligrammepuisi lakarKesusasteraanPuisiPuisi yang mrnonjolkan huruf, frasa atau kalimat yang mirip atau menyerupai sesuatu idea atau pemikiran yang hendak disampaikan. Baris-baris dalam puisi ini berbentuk geometri seperti empat segi, bujur, bulat dan piramid. Contohnya, dalam puisi ''Bumi Hijau" dalam kumpulan Bumi Hijau karya Suhaimi Haji Muhammad. Sinonim kaligram.
sequence similarity searchcarian persamaan molekulBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah pencarian jujukan molekul yang serupa atau mirip dari pangkalan data biologi dengan menggunakan teknik penjajaran. Perisian piawai yang digunakan dalam kaedah ini ialah alatan pencarian penjajaran setempat asas (BLAST).
homology searchcarian homologiBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah pencarian jujukan DNA, RNA atau protein yang serupa dan mirip dengan jujukan kajian daripada set data jujukan di dalam pangkalan data biologi. Carian homologi memberikan skor persamaan yang bererti kepada pasangan penskoran tinggi (HSPs).
kakawinkakawinKesusasteraanTiadaVersi puitis epik India yang terdapat di Jawa. Kakawin merupakan bentuk puisi Jawa Kuno. Kakawin disampaikan dalam bahasa Jawa Kuno dengan bentuknya mirip dengan puisi Sanskrit, iaitu kavya. Berdasarkan kaedah penciptaan kavya, kakawin memperlihatkan ciri-ciri seperti sebuah bait yang terdiri daripada empat baris. Setiap baris mempunyai jumlah suku kata yang sama dan disusun mengikut pola metrum yang sama. Kakawin juga mengandungi beberapa bait yang berturut-turut menggunakan metrum yang sama. Pola metrum kakawin disebut sebagai tembang gede (metrum besar), iaitu metrum yang dipengaruhi oleh prosodi India. Puisi kakawin yang asli ialah puisi yang mengagungkan para dewa, tuhan, dan para wira epik Hindu. Penciptaannya dikaitkan dengan proses meditasi para Kawi untuk mencapai tahap pencerahan kerohanian yang dikenali sebagai mokhsa. Kakawin terawal dan terkenal ialah Kakawin Arjuna Wiwaha yang menceritakan pemilikan senjata sakti oleh Arjuna untuk melawan raksasa. Kakawin lain yang berasaskan epik India ialah Bharatayuddha dan Ramayana yang menjadi repertoir utama untuk wayang purba. Kakawin Jawa yang berlatarkan tema setempat ialah Negarakertagama yang dikarang oleh pujangga Prapanca. Kakawin Jawa dianggap lari (berbeza) daripada konvensi kakawin yang asal kerana karya ini menyanjung pencapaian dan kegemilangan kerajaan Majapahit pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk. Pada zaman moden, penyair Rendra telah memanfaatkan unsur kakawin ini dalam puisinya �Kakawin Kawin�.
molecular sequence similaritykemiripan jujukan molekulBioinformatikBioinformatik MolekulKeadaan dua jujukan DNA atau protein yang mempunyai bes (contohnya, bes adenina dijajakan dengan bes tiamina) atau asid amino yang mirip (contohnya, asid amino lisin dijajarkan dengan asid amino valin) pada kedudukan yang sama sewaktu dijajarkan. Kemiripan bes atau asid amino ini ditentukan oleh sifat fizikokimianya. Kemiripan jujukan molekul diukur dalam bentuk peratusan.
bathymetrybatimetriSains MarinTiadaPengukuran kedalaman lautan, sungai atau tasik. Pengukuran ini dilakukan peta batimetri menggunakan garis untuk menunjukkan bentuk dan ketinggian ciri lantai lautan. Peta batimetri yang mirip seperti peta topografi bumi.
narrative grammarnahu naratifKesusasteraanTiadaSuatu urutan unsur naratif yang dihubungkait dengan hukum atau peraturan yang khusus untuk sesuatu kumpulan naratif yang tertentu. Nahu naratif mentertibkan penjanaan naratif melalui penggunaan hukum penerbitan naratif dari tahap dasar (struktur dalaman) ke tahap permukaan (struktur atas) atau tahap pelahiran ujaran. Konsep nahu naratif amat mirip dengan pemikiran struktural-linguistik. Konsep ini cuba menjelaskan aspek sintaks dan semantik sesebuah plot, dan unsur struktur dalaman naratif (struktur makro) dan pelahirannya. Konsep nahu naratif amat relevan untuk menjelaskan proses penjanaan atau kelahiran naratif dalam sastera rakyat atau lisan. Idea tentang nahu naratif ini pernah dikemukakan oleh Parry-Lord dalam teorinya tentang penjanaan naratif lisan yang disebut sebagai �Oral-Formulaic Theory�. Dalam teori Parry-Lord, nahu naratif disebut sebagai �Grammar of Poetry�. Berdasarkan teori Parry-Lord, seseorang pencerita tidak pernah menghafal keseluruhan teksnya secara verbatim, tetapi pencerita hanya mempunyai suatu skema atau rangka plot yang dirimbunkan tahap demi tahap melalui siratan tema, motif, formula dan alat stailistik. Dalam sastera lisan, penciptaan demikian disebut sebagai penciptaan skematik dengan gaya �Adding Style�. Seterusnya konsep nahu naratif dikembangkan oleh Colby dan Coles untuk menunjukkan tahap penjanaan cerita rakyat (mitos suku kaum Ixil). Berdasarkan analisisnya terhadap unit naratif yang disebutnya sebagai �Eidon�, Colby dan Coles merajahkan perkembangan tahap naratif daristruktur dalaman hingga ke tahap struktur permukaan (struktur ujaran), sama seperti penjanaan sebuah ayat dalam nahu generatif. Perkembangan cerita mengikut konsep skematik atau �Eidon� ini dapat dianalogikan dengan perkembangan sebuah ayat menurut Nahu Generatif Transformasi. Idea mahu generatif dalam linguistik ini amat berguna untuk menghuraikan penjanaan naratif dalam sastera lisan.
12

Kembali ke atas