proletarianization | pemproletarian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menjadikan seorang buruh semakin miskin dan rendah dalam kedudukan kelas masyarakat kapitalis. Proses ini melihat golongan kapitalis atau borjuis mengambil keuntungan yang lebih besar secara berterusan dengan mengurangkan kos pengeluaran melalui pemberian upah buruh yang semakin kecil. Pengurangan upah yang berterusan ini akan mengakibatkan pekerja biasa turut termasuk dalam kelas proletar sehingga menjadikan kedudukannya sebagai proletar yang semakin miskin. Keadaan ini menjelaskan sifat ekstrem kapitalisme seperti yang diperkenalkan oleh Karl Marx dalam teori kelas beliau yang menyatakan bahawa orang kaya menjadi lebih kaya manakala orang miskin menjadi semakin miskin. |
welfare payment | bayaran kebajikan | Ekonomi | Tiada | Bantuan kewangan oleh pihak kerajaan kepada orang miskin, terutamanya mereka yang tidak boleh bekerja, atau yang berpendapatan rendah. Bayaran ini mempunyai kesan negatif, kerana ia mungkin mendorong orang supaya tidak bekerja lebih. |
soup kitchen | dapur amal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pusat bantuan makanan yang disediakan bagi membantu golongan miskin dan yang memerlukan terutamanya golongan gelandangan. Selalunya bantuan ini dikendalikan oleh organisasi bukan kerajaan atau sukarelawan. |
youth outreach worker | pekerja khidmat belia | Sosiologi | Tiada | Individu yang pekerjaannya menyediakan golongan muda yang latar belakang miskin dengan sokongan dan aktiviti sosial. |
fund | dana | Ekonomi | Tiada | Stok wang yang disimpan untuk tujuan tertentu seperti untuk tujuan pembayaran pencen, menolong orang miskin, keperluan semasa kecemasan, dan tujuan awasan. |
infrahistoria | infrahistoria | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang berlegar di sekitar kehidupan orang kebanyakan. Biasanya karya ini mengisahkan kehidupan golongan miskin atau golongan rendah, biasanya kurang penting dan berlaku di tempat yang kurang dikenali. Istilah ini dicipta oleh Miguel de Unamuno, seorang penyair dan novelis yang menghasilkan novel Poesias dan Rosario de Sonetos. |
public housing | perumahan awam | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Skim perumahan yang disediakan oleh pihak berkuasa untuk menyediakan tempat tinggal kepada golongan miskin. Lazimnya kadar sewa yang dikenakan di bawah kadar sewa ekonomi. |
antiphrasis | sindir makna | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang menggunakan perkataan yang membawa makna kebalikan. Contohnya, 'Kukunjungi daerah makmur ini', bermaksud daerah itu susah atau miskin. Sinonim antifrasis. |
transfer payment | bayaran pindahan | Ekonomi | Tiada | Bayaran yang dibuat bukan berasaskan perkhidmatan produktif penerima, yang tidak mendatangkan pulangan dalam bentuk wang kepada pembayarnya. Misalnya, bayaran kebajikan, bayaran pencen, dan bantuan asing. Bayaran ini merupakan salah satu cara mengagihkan semula pendapatan kepada orang miskin. |
apathy | apati | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sikap individu yang langsung tidak mempunyai emosi dan motivasi terhadap sesuatu perkara. Misalnya seseorang yang tidak langsung menghiraukan perkembangan politik negaranya. Hal ini berlaku kerana beberapa faktor antaranya ialah status sosial individu tersebut yang tidak mempunyai kepentingan dan sikap tidak peduli dengan perkembangan politik. Contohnya, terdapat golongan miskin yang bersikap apati politik kerana perkembangan politik tidak membawa sebarang perubahan kepada status mereka. |