aggregate grading | penggredan agregat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Penggredan yang dilakukan terhadap batu, pasir dan sebagainya kepada saiz-saiz tertentu. Ayak piawai digunakan dengan saiz bukaan 4.76 mm. 2.36 mm, 1.18 mm, 600 um, 150 um untuk agregat halus manakala untuk agregat kasar yang berukuran 40 mm hingga 5 mm. Susunan saiz ayak ialah 50 mm, 37.5 mm, 20 mm, 14 mm, 10 mm, 5.0 mm dan 2.36 mm. |
silt | lodak | Pertanian | Tiada | 1. Zarah utama tanah yang bersaiz 0.002 mm hingga 0.05 mm bagi sistem USDA; bersaiz 0.002 mm hingga 0.02 mm bagi sistem ISSS.,2. Tekstur tanah yang mengandungi 80% atau lebih lodak dan <12% lempung. |
brounoise | brounoise | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sayuran yang dipotong dadu berukuran 3 mm x 3 mm x 3 mm. |
julienne | racik helai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Potongan sayur yang berukuran lebih kurang 3 mm x 3 mm x 6 mm. |
shingle | sirap | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kepingan kayu nipis yang pendek berbentuk segiempat bujur, yang panjang 400 mm hingga 600 mm, lebarnya berbeza-beza, dan tebalnya menirus daripada 8 mm hingga 1.6 mm. Kayu ini digunakan sebagai atap dan dinding bangunan. Jenis kayu yang biasa digunakan ialah kayu belian, Eusideroxylonzwageri. |
aerobic rice | padi aerob | Pertanian | Agroteknologi | Padi yang ditanam tanpa menggunakan air yang banyak, iaitu kira-kira 500 mm hingga 900 mm berbanding 1300 mm untuk padi sawah. Teknik penanaman seperti ini tidak memerlukan kawasan yang dibanjiri air. Air hanya diberikan untuk memenuhi keperluan tumbesaran. Secara tradisional, padi aerob telah diamalkan untuk padi huma di Sabah dan Sarawak, tetapi hasilnya rendah. Jenis padi aerob terkini mempunyai keupayaan untuk memberikan hasil yang tinggi, sehingga 6 atau 7 tan sehektar. |
wooden pile | cerucuk kayu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu yang dimasukkan sebahagiannya atau keseluruhannya ke dalam tanah sebagai penyokong binaan berat seperti jambatan. Ada dua jenis cerucuk, iaitu kayu persegi berukuran 100 mm x 100 mm hingga 150 mm x 150 mm, dan kayu bulat yang kedua-duanya mempunyai kepanjangan melebihi 2 m. Cerucuk kayu biasanya dibuat daripada kayu bakau dan kayu kempas yang diawet. |
board | papan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Istilah umum untuk kayu gergaji panjang yang mempunyai tepi bersegi yang biasanya mempunyai ukuran tebal 50 mm hingga 200 mm, dan ukuran lebar 150 mm atau lebih. Takrifan yang tepat berbeza-beza dari satu negara ke satu negara yang lain. Misalnya di Malaysia, mengikut Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia, papan ialah satu kepingan kayu gegaji yang tebalnya melebihi 50 mm dan lebarnya adalah 150 mm atau lebih, dan tebalnya tidak melebihi setengah daripada lebarnya. 2. Istilah yang biasa digunakan untuk menerangkan kayu gergaji yang tebalnya adalah lebih kurang 25 mm, dan lebar serta panjangnya berbeza-beza. Mengikut Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia, papan ialah kayu gergaji yang tebalnya adalah lebih kurang daripada 50 mmdan lebarnya melebihi 150 mm. |
rawstock | filem mentah | Komunikasi | Tiada | Filem yang belum didedahkan atau belum digunakan. Filem yang selalu digunakan ialah filem negatif yang mempunyai format bidang 16 mm, super-16 mm atau 35 mm. |
partial pulpotomy | pulpotomi sebahagian | Pergigian | Tiada | Pembuangan sebahagian tisu pulpa vital yang terinfeksi antara 2 mm - 3 mm di kebuk pulpa menggunakan alat tangan seperti bur dengan hanpis berkelajuan tinggi berserta semburan air yang banyak. Selepas pendarahan pada tisu pulpa berhenti, satu lapisan nipis kalsium dioksida atau mineral trioksida agregat dipadatkan pada permukaannya dan seterusnya tampalan dibuat pada gigi tersebut. |