knock sensor | penderia ketukan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penderia yang mengesan letupan dalam kebuk pembakaran dan menghantar isyarat kepada modul kawalan elektronik atau modul kawalan rangkaian kuasa. Keadaan ini menyebabkan modul kawalan elektronik menghantar isyarat kepada sistem pencucuhan untuk merencat pencucuhan seketika sehingga letupan berakhir. |
manifold absolute pressure sensor | penderia tekanan mutlak pancarongga | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang mengesan tekanan mutlak dalam pancarongga pengambilan dan menukarkannya kepada isyarat voltan yang berubah-ubah untuk dihantar ke modul kawalan enjin atau modul kawalan rangkaian kuasa. Peranti ini digunakan dalam sistem suntikan bahan api atau sistem enjin kawalan elektronik. Tekanan yang dibaca oleh penderia ini digunakan oleh modul kawalan enjin untuk mengawal kadar suntikan bahan api. |
course author | pengarang kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Individu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk modul pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan. |
modular | bermodul | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pendekatan yang digunakan dalam membina dan mereka bentuk reaktor nuklear dengan unit atau modul yang serba lengkap dan pasang siap. Unit atau modul ini boleh digabungkan untuk membentuk sistem yang lebih besar. Lihat juga small modular reactor (SMR). |
electronic engine control system | sistem kawalan enjin elektronik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem pengurusan dan kawalan enjin yang terdiri daripada modul kawalan elektronik, penderia, suis dan penggerak. Sistem ini menerima isyarat input dari pelbagai penderia lalu diproses oleh modul kawalan elektronik dan menghasilkan isyarat output. Isyarat ini seterusnya dihantar ke penggerak untuk mengawal sistem pencucuhan, sistem suntikan bahan api, sistem kawalan pancaran dan sebagainya. |
reservation module | modul tempahan | Pelancongan | Tiada | Unit sistem yang lengkap dengan komponennya untuk melaksanakan fungsi tempahan tertentu. |
Nox control module | modul kawalan Nox | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kawalan pencucuhan elektronik yang dipasang pada kenderaan dengan kawalan enjin. Tujuannya untuk mengubah suai ciri pe masaan pencucuhan enjin bagi mengurangkan pancaran Nox. |
module building | bangunan modul | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
learning path | laluan pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Jujukan kursus atau modul pembelajaran yang membolehkan pelajar menguasai sesuatu topik, subjek atau program pembelajaran. |
bite-sized learning | pembelajaran secekut | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang menyampaikan satu idea melalui modul secekut yang mesra pengguna dan mengekalkan minat pelajar sepanjang sesi pembelajaran. |