Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.lé.kul] | موليکول

Definisi : (molékul) unit paling kecil sesuatu sebatian yg terdiri drpd dua atau lebih atom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.lé.kul] | موليکول

Definisi : ist unit paling kecil sesuatu sebatian, yg terdiri drpd dua atau lebih atom. ~ raksasa molekul yg besar dan kompleks yg terbentuk drpd persatuan beberapa molekul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata molekul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
metabolitemetabolitBioinformatikBioinformatik MolekulMolekul-molekul bersaiz kecil yang merupakan hasil akhir proses metabolisme sel.
anabolismanabolismeKejururawatanTiadaProses sintesis molekul-molekul ringkas kepada kompleks seperti protein dan lemak.
catabolismkatabolismeKejururawatanTiadaPenguraian kimia molekul-molekul kompleks kepada yang lebih ringkas disertai dengan pembebasan tenaga.
molecular recognitionpengecaman molekulFizikNanoteknologiKeupayaan sistem biologi dan kimia mengecam pelbagai molekul dan mengawal atur sifat tertentu yang diperlukan. Dalam kimia, pengecaman molekul berlaku, apabila molekul perumah dapat membentuk suatu kompleks dengan molekul tetamu. Pengecaman dapat dibahagikan kepada pengecaman molekul statik dan pengecaman molekul dinamik. Pengecaman statik merupakan tindak balas antara molekul perumah dengan molekul tetamu, manakala pengecaman molekul dinamik adalah berkaitan dengan keseimbangan tindak balas molekul perumah terhadap pengecaman tersebut.
electrofocussingpengelektrofokusanKimiaKimia AnalisisSatu teknik pemisahan protein. Campuran molekul-molekul protein dipisahkan kepada komponen-komponennya secara mengenakan suatu medan elektrik kepada campuran itu di dalam gel penyokong yang telah dipastikan kecerunan pHnya. Teknik ini juga dikenali sebagai pemfokusan isoelektrik.
active oxygenoksigen aktifSains KesihatanTiadaSatu bentuk oksigen yang sangat reaktif bertindak balas dengan molekul-molekul lain.
colloidal solutionlarutan (ber)koloidFarmasiTiadaMedium cecair yang mempunyai penyerakan zarah-zarah halus atau molekul-molekul polimer yang besar.
adenosine triphosphate (ATP)adenosina trifosfat (ATP)FizikNanoteknologiMolekul biologi yang terdiri daripada tiga komponen, iaitu molekul gula, ribosa pada pusatnya, serta molekul adenina dan molekul kumpulan fosfat pada sisinya. Molekul ATP bertindak sebagai bateri kimia, menyimpan tenaga apabila tidak diperlukan dan membebaskan tenaga serta-merta apabila organisma memerlukannya. Molekul ATP merupakan pemacu kepada operasi nanomotor biologi. Sinonim molekul ATP.
autoprotolysisautoprotolisisKimiaKimia AnalisisPemindahan proton daripada satu molekul kepada molekul lain dalam bahan yang sama dengan sendirinya, misalnya dalam pemprotonan air, satu molekul air memindahkan protonnya kepada molekul air yang lain menghasilkan ion hidroksonium dan hidroksil.
corepressorpenindas bersamaBioinformatikBioinformatik MolekulMolekul yang menghalang pengekspresan gen. Di dalam prokariota, penindas bersama ialah molekul kecil, manakala di dalam eukariota, penindas bersama ialah sejenis protein.
12345678910...

Kembali ke atas