herbal monograph | monograf herba | Herba | Tiada | Spesifikasi piawai bertulis yang menerangkan ciri utama bahan dan tatacara ciri ini ditentukan. Monograf herba digunakan sebagai rujukan rasmi kawalan mutu bagi pengecaman, pengenalpastian dan pengesahan bahan. Monograf ini menentukan status pematuhan syarat kualiti bahan seperti yang telah ditetapkan. Contohnya, Malaysian Herbal Monograph, Monograf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan British Herbal Pharmacopoeia. |
foreign matter | bendasing | Herba | Tiada | Sebarang bahan yang hadir dalam bahan herba selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut. Bendasing terdiri daripada bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut, tanah, pasir, batu, habuk, kulat, serangga, haiwan dan feses haiwan. Bendasing ditentukan dengan menabur sejumlah berat bahan herba dalam bentuk asal pada permukaan rata. Bendasing dikesan melalui penglihatan kasar atau bantuan kanta pembesar, diasing dan ditimbang. Nilai peratusan bendasing ditentukan daripada ungkapan 100a/b iaitu a ialah berat bendasing dan b ialah berat asal bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran ketulenan dan menandakan kehadiran bahan pencemar atau pemalsu. Kebanyakan piawai mengehadkan kandungan bendasing dalam bahan mentah herba kurang daripada 2%w/w. Namun, bahan mentah herba mesti bebas daripada kulat, serangga atau cemaran haiwan. Pemeriksaan mikroskopi digunakan untuk mengesan kehadiran bendasing dalam serbuk bahan mentah herba. |
monograph | monograf | - | Tiada | Buku atau esei panjang tentang suatu subjek ilmiah yang biasanya ditulis oleh seorang pengarang. |
purity test | ujian ketulenan | Herba | Tiada | Prosedur penentuan tahap ketulenan bahan herba berdasarkan kaedah dan had piawai yang ditetapkan oleh spesifikasi monograf herba. Ujian ini adalah sebahagian daripada ujian kawalan kualiti bagi bahan mentah dan sediaan herba. Ujian ini terdiri daripada penentuan kandungan bendasing, abu, lembapan, bahan terekstrak, logam berat dan pestisid dan kontaminasi mikrob, aflatoksin dan radioaktif. Bahan herba yang tidak mematuhi spesifikasi monograf herba dianggap tidak selamat untuk digunakan. |
pharmacopoeia | farmakopeia | Herba | Tiada | Dokumen rasmi yang mengandungi monograf bagi bahan mentah dan sediaan herba serta deskripsi, kaedah ujian, prosedur penyediaan dan pembuatan yang terpiawai. Farmakopeia membolehkan bahan herba dihasilkan dan dipiawaikan secara seragam. Dokumen ini diterbitkan mengikut arahan rasmi kerajaan atau pertubuhan yang bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan. Walau bagaimanapun, kesahannya tertakluk kepada kajian terkini dan berpandukan dokumen mutakhir. |
identification test | ujian pengecaman | Herba | Tiada | Prosedur pengenalpastian bahan herba sebagaimana yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba. Ujian ini adalah sebahagian daripada ujian kawalan kualiti yang lazim dilakukan ke atas bahan mentah dan sediaan herba. Bahan herba diperiksa secara visual berdasarkan ciri botani, organoleptik dan mikroskopi. Identiti bahan herba juga boleh dicam berdasarkan kehadiran sebatian penanda dan profil cap jari herba tersebut melalui analisis kromatografi dan spektroskopi. Ketepatan pengecaman dicapai melalui perbandingan bahan herba dengan bahan rujukan piawai. Sinonim ujian identifikasi. |
total viable aerobic count | kiraan aerob viabel total | Herba | Tiada | Kaedah pengiraan kuantitatif bakteria mesofilik dan fungus yang tumbuh dalam keadaan aerob. Ujian ini menentukan sama ada bahan mentah dan sediaan herba yang dinyatakan dalam monograf mematuhi syarat piawai yang ditetapkan. Unit yang digunakan ialah cfu (colony-forming unit) setiap gram atau mililiter sampel. Kaedah ini melibatkan pertumbuhan mikroorganisma menggunakan 1 mililiter larutan air herba dalam plat agar berdiameter 9 cm yang diinkubasi pada 30 - 35 �C selama 48 - 72 jam. Bilangan koloni bakteria dan fungus dikira berdasarkan purata kiraan dari dua plat dan dinyatakan sebagai bilangan bakteria atau fungus bagi setiap gram atau setiap mililiter sampel asal. |
extract profile | profil ekstrak | Herba | Pemiawaian | Ciri atau maklumat tentang sesuatu ekstrak herba seperti Profil Fizikal (bau, warna, sifat fizikal, kepekatan dan kelarutan), profil fitokimia [Profil TLC (Thin Layer Chromatography)], Profil GCMS (Gas Chromatography Mass Spectrometer) dan Pemprofilan Biologi. Profil ekstrak digunakan dalam monograf herba. |
extractive value | nilai ekstraktif | Herba | Tiada | Peratus kandungan bahan yang boleh diekstrakkan ke dalam air atau pelarut organik. Nilai ekstraktif merupakan penentuan status kualiti bahan mentah herba. Sejumlah berat bahan serbuk herba diekstrak dengan pelarut tertentu pada suhu dan tempoh yang ditetapkan. Filtratnya dikeringkan sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan ekstrak ditentukan daripada ungkapan 100a/b, iaitu a ialah berat ekstrak dan b ialah berat asal bahan herba. Nilai ini bergantung pada jenis pelarut yang digunakan seperti nilai ekstraktif larut-air, larut-etanol dan larut-heksana. Contohnya, Monograf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengehadkan nilai piawai ekstraktif larut-air bagi pegaga tidak kurang daripada 6.0% dan ekstraktif larut-etanolnya tidak kurang daripada 9.5%. |