carboxyhemoglobin | karboksihemoglobin | Sains Forensik | Tiada | Terbitan hemoglobin yang terbentuk daripada gabungan hemoglobin dengan karbon monoksida. Penggabungan karbon monoksida ini adalah kuat dan menghalang hemoglobin daripada mengangkut oksigen yang boleh mengakibatkan keracunan karbon monoksida atau karboksihemoglobinemia. Ahli forensik serologi lazimnya mengukur kandungan karboksihemoglobin dalam sampel darah mangsa yang disyaki mengalami keracunan karbon monoksida dengan menggunakan kaedah spektrofotometer. |
carbon monoxide | karbon monoksida | Biologi | Ekologi | Gas yang tidak berwarna dan berbau, sangat toksik, dan terhasil daripada pembakaran bahan api fosil yang tidak lengkap. Karbon monoksida merupakan bahan pencemar udara yang utama. Dengan hanya jumlah yang sedikit, karbon monoksida boleh menjadi sangat berbahaya jika disedut dalam jangka masa yang lama. |
Langmuir model | model Langmuir | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Model yang mencadangkan proses pengoksidaan karbon monoksida dan oksigen berlaku apabila molekul karbon monoksida melanggar atom oksigen yang terjerap pada permukaan mangkin walaupun permukaan mangkin dipenuhi dengan molekul karbon monoksida yang juga terjerap pada julat suhu yang lebih rendah. Mekanisme tindak balas jenis ini juga dipercayai berlaku dalam tindak balas hidrogen dan oksigen. |
COsorb process | proses COsorb | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses untuk mendapatkan karbon monoksida daripada gas pengeluar dengan menggunakan pelarut aromatik yang diaktifkan oleh CuA1C14, yang secara terpilih akan menyerap karbon monoksida sahaja dan akan melepaskan karbon monoksida apabila dipanaskan. Proses ini dimajukan oleh Tenneco Chemical Company. |
carbon monoxide diffusing capacity | keupayaan resapan karbon monoksida | Perubatan | Tiada | Keupayaan resapan gas menentukan halangan pemindahan gas tertentu daripada alveolus ke kapilari darah atau sebaliknya. Gas yang biasa digunakan untuk menentukan tahap halangan ialah gas karbon monoksida. Julat normal keupayaan resapan karbon monoksida antara 17 ml/minit/mmHg hingga 25 ml/minit/mmHg. |
monoxide | monoksida | Kimia | Tiada | Sebarang sebatian yang mengandungi satu atom oksigen. Misalnya, karbon monoksida, CO. |
carbon monoxide poisoning | keracunan karbon monoksida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penyedutan gas karbon monoksida (formula kimia, CO), iaitu gas tak berwarna, tak berbau dan oleh itu berbahaya kerana tidak mempunyai sifat amaran. Gas ini terbentuk daripada pembakaran tak lengkap bahan organik, dan kebanyakannya terbebas daripada ekzos kenderaan, asap rokok dan pemanas gas. Apabila tersedut, gas ini bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membentuk karboksihemoglobin (CO-Hg) yang 210 kali lebih stabil berbanding dengan oksihemoglobin (O2-Hb), lalu mengganggu pengangkutan oksigen dalam darah. Penyedutan pada kepekatan 30 ppm selama 8 jam adalah cukup untuk menyebabkan sakit kepala dan rasa loya bagi kebanyakan orang, dan pada kepekatan 0.1 % (1000 ppm) selama 4 jam mungkin menyebabkan mati. Dalam industri, had pendedahan ialah 35 ppm. Tanda keracunan ialah kulit berwarna merah jambu. Dalam ruang tertutup yang kecil, pendedahan kepada gas ini mengakibatkan kematian dalam beberapa minit sahaja. |
carboxyhaemoglobin | karboksihemoglobin | Perubatan | Tiada | Sebatian mengandungi karbon monoksida dan hemoglobin yang terbentuk dalam darah selepas keracunan karbon monoksida. |
carboxyhaemoglobin | karbosihemoglobin | Biologi | Fisiologi | Sebatian karbon monoksida dan hemoglobin yang terbentuk di dalam darah apabila berlaku keracunan karbon monoksida. |
carbon monoxide | karbon monoksida | Kimia | Tiada | Gas formula CO, takat pemejalan –2070C, takat didih –190oC, tidak berwarna, larut sedikit di dalam air, dan larut di dalam benzena dan alkohol. Gas ini diperoleh secara tndak balas campuran oksigen dan kerbon dioksida dengan grafit pijar, atau secara tindakan stim ke atas arang batu yang panas. Karbon monoksida merupakan agen penurunan yang baik dan digunakan dalam industri untuk mengekstrak ferum dan nikel. Gas ini sangat berpadu dengan hemoglobin darah untuk membentuk karbosihemoglobin. Karbon monoksida digunakan dalam sintesis bahan organik lain seperti metanol, etilena, dan aldehid. |