Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.no.kul.tur] | مونوکولتور

Definisi : pertanian yg berasaskan sj tana­man sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monokultur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monoculturemonokulturPertanianAgroteknologiAmalan pertanian yang mengkhusus pada satu jenis tanaman sahaja di sesebuah tempat. Jenis penanaman ini digunakan secara meluas dalam industri pertanian moden dan pelaksanaannya telah memberikan impak yang besar dalam penggunaan tenaga kerja kerana telah meminimumkan penggunaan buruh. Sistem monokultur juga memudahkan pengurusan tanaman disebabkan semua keperluan tanaman seperti baja adalah sama untuk seluruh ladang. Walau bagaimanapun, sistem ini terdedah kepada risiko kerugian teruk jika dilanda penyakit atau perosak. Contohnya, ladang kelapa sawit di Malaysia merupakan sistem monokultur kerana hanya kelapa sawit sahaja ditanam dalam kawasan yang seluas beribu hektar.
monoculturemonokulturPerikananTiadaTiada
monoculturemonokulturPertanianTiadaTiada
monoculturemonokulturPerhutananTiadaTiada
monoculturemonokulturBiologiUmumTiada
alternative farmingperladangan alternatifPertanianAgroteknologiKaedah pertanian yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga dan bahan kimia secara intensif bagi penghasilan tanaman monokultur. Kaedah pertanian ini termasuklah penggunaan baja haiwan dan baja hijau bagi menggantikan baja kimia, pengawalan perosak secara bersepadu untuk menggantikan penggunaan racun perosak, dan pengurangan pembajakan. Selain itu, kaedah ini termasuk juga penggiliran tanaman (terutamanya dengan menggunakan kekacang untuk menambah nitrogen), tanaman alternatif dan kepelbagaian perusahaan ladang.
agroforestryagroperhutananPertanianAgroteknologiSistem pertanian yang menggabungkan tanaman perhutanan dengan tanaman pertanian dan pengeluaran ternakan dalam satu unit pengurusan. Sistem ini penting bagi menghasilkan produk yang pelbagai dan pulangan pendapatan yang lebih tinggi. Tiap-tiap unit pengeluaran dapat saling membantu antara satu sama lain. Contohnya, hasil sampingan tanaman dapat digunakan sebagai makanan ternakan, manakala najis ternakan dan daun pokok hutan yang telah reput dapat meningkatkan kesuburan tanah. Peningkatan biodiversiti dalam sistem ini akan memberikan keadaan yang lebih stabil berbanding dengan sistem monokultur. Lihat juga monokultur.
polyculturepolikulturPertanianAgroteknologiSistem pertanian yang mengamalkan penanaman pelbagai jenis tanaman dalam satu kawasan. Polikultur dapat meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih berkesan. Polikultur juga dapat mengelakkan jangkitan penyakit dan serangan perosak berbanding dengan tanaman monokultur. Selain itu, polikultur dapat mengurangkan risiko turun naik harga sesuatu hasil.� Contoh amalan polikultur ialah kelapa ditanam bersama-sama koko atau sebuah dusun buah-buahan yang ditanam dengan berbagai-bagai jenis buah-buahan.
polyculturepolikulturPertanianAgronomi

Berkaitan ladang yang mempunyai pelbagai jenis tanaman dalam satu kawasan. Corak polikultur termasuk tanaman selingan, tanaman pelbagai, tanaman selangan, tanaman berganti dan tanaman mengikut alur. Polikultur dapat meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih berkesan. Polikultur juga dapat mengelakkan jangkitan penyakit dan serangan perosak berbanding tanaman monokultur. Selain itu, polikultur dapat mengurangkan risiko turun naik harga sesuatu hasil. 


Kembali ke atas