Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.no.mer] | مونومر

Definisi : (Kim) molekul ringkas yg berpadu dgn beberapa molekul yg sama (atau yg ber­lainan) utk membentuk polimer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.no.mer] | مونومر

Definisi : ist molekul (ringkas) yg dpt bercantum dgn molekul lain utk membentuk molekul yg lebih besar (polimer). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monomer


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monomermonomerFizikNanoteknologiMolekul organik ringkas yang dapat bergabung dengan molekul yang sama atau berlainan jenis untuk membentuk suatu polimer. Monomer biasanya mempunyai ikatan kimia berganda. Contohnya, molekul asetilena, diasetilena dan stirena masing-masing bergabung sesama jenis menjadi polimer poliasetilena, polidiasetilena dan polistirena.
nucleic acidasid nukleikFizikNanoteknologiMolekul biologi berstruktur polimer yang terdiri daripada rantai monomer nukleotid yang dapat dijumpai dalam semua sel dan virus. Asid ini mempunyai peranan penting dalam bidang biokimia kerana molekul ini dapat membawa maklumat genetik atau membentuk struktur dalam sel. Contohnya, DNA dan RNA.
chemical degradationdegradasi kimiaBuluhTiadaPemecahan sebatian atau molekul kimia kepada bahagian yang lebih kecil. Contohnya, penyahpolimeran polimer kepada monomer dan oligomer.

Kembali ke atas