moral | moral | Kesusasteraan | Tiada | Pengajaran yang diperoleh daripada sesebuah karya, sama ada disampaikan secara terang-terangan atau secara tersirat. Dalam kesusasteraan Melayu, penulis sering memaparkan moral cerita menggunakan pelbagai teknikm sama ada melalui penulisan novel, cerpen, puisi, dan seumpamanya. Cerita yang dipaparkan biasanya membawa moral yang baik. Cerita yang ditulis untuk pendidikan mempunyai nilai moral yang lebih jelas. Lihat juga cerita moral, moral akhiran. |
moral fiction | fiksyen moral | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang menonjolkan mesej moral. Fiksyen ini diperkenalkan oleh John Gardner. Dalam bukunya yang kontroversial berjudul On Moral Fiction (1978), Gardner menampilkan idea bahawa seni yang benar ialah seni yang bersifat moral dan berunsur pengajaran. Beliau memuji Hensy James, Leo Tolstoy, dan John Fowles kerana menghasilkan karya yang menunjukkan kebenaran moral yang tinggi, dan kebolehan meneroka kepada pembaca, dan menjelaskan nilai-nilai kemanusiaan. Sebaliknya, beliau mengkritik pengarang yang terlalu mementingkan aspek permukaan atau zahir fiksyen, sedangkan karyanya tandus dari segi moral. Menurut Gardner, terdapat karya yang cuba mengajar sesuatu kepada pembaca tetapi tidak bermoral. Karya seperti ini tidak termasuk dalam kategori fiksyen moral. Contoh fiksyen moral di alam Melayu ditemui dalam novel Saga oleh A. Talib Hassan, Iman Markisa oleh Azizi Abdullah, dan novel Bumi Manusia oleh Pramoedya Ananta Toer dari Indonesia. |
moral | moral | Kejururawatan | Tiada | Kawalan tingkah laku bagi memastikan perlindungan kepentingan atau hak individu. |
moral criticism | kritikan moral | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menganalisis dan menilai karya sastera (semua genre) berasaskan kriteria pengajaran moral. Meingkut tradisi, dalam kebanyakan genre, puisi dikatakan dapat memberikan inspirasi kepada seseorang individu untuk berakhlak mulia dengan menggambarkan keindahan sifat yang baik. Contohnya, M.N.Virgil menganggap genre epik sebagai pengajaran yang berpotensi untuk membentuk moral dan etika. Pandangan ini bertentangan dengan pandangan mereka yang berpegang kepada kriteria estetik yang lebih mengutamakan aspek keindahan. Lihat juga kritikan, kritikan Plato. |
exemplum | cerita moral | Kesusasteraan | Tiada | Cerita pendek tentang sesuatu watak atau peristiwa yang mengandungi pengajaran moral yang lebih umum. Cerita moral biasanya mudah difahami dan menampilkan kisah atau perbuatan seseorang tokoh atau kejadian sesuatu peristiwa. Cerita moral membawa unsur nasihat dan pengajaran seperti nilai baik, pemurah, berani, sabar dan rajin. Contohnya, seorang pencerita ingin menyampaikan tema umum tentang cerita �Orang Tamak Selalu Rugi�. Tema cerita akan dihuraikan dengan beberapa contoh cerita yang berkaitan dengan kisah orang yang rugi akibat bersifat tamak. Ada juga kisah yang bersifat negatif seperti perbuatan jahat, kedekut, penakut, pemarah dan zalim. Kisah negatif dijadikan perbandingan dengan ciri-ciri perbuatan positif seperti sifat baik dan mulia. Dari segi sejarah di Eropah, cerita moral berasal daripada cerita nasihat yang terdapat dalam syarahan agama yang diberikan oleh paderi di gereja yang wujud pada akhir abad pertengahan. Contoh koleksi cerita moral yang terkenal ialah Teh Nun�s Priest�s Tale oleh Chaucer. Cerita moral banyak terdapat dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, khususnya dalam karya kitab agama Islam. Pengarang kitab zaman silam sering menghuraikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan nilai moral manusia dengan selingan cerita nasihat bersumberkan pelbagai kitab Arab, khususnya yang berkaitan dengan kehidupan para nabi, ulama, raja dan orang alim. Cerita moral juga menjadi bahan penceritaan yang penting dalam sastera kanak-kanak untuk menyampaikan pengajaran kepada golongan pembaca berkenaan. Lihat juga anekdot, fiksyen moral. |
epimythium | moral akhiran | Kesusasteraan | Tiada | Senarai ringkas tentang unsur pengajaran moral yang terdapat pada bahagian akhir sesuatu fabel (karya sastera rakyat). Unsur pengajaran moral berkenaan menjadi salah satu unsur yang penting sebagai bahan pemikiran dan pendidikan kepada pembaca. Jika senarai moral tersebut terdapat pada bahagian awal fabel, senarai berkenaan dinamai promythium. Dalam kesusasteraan Melayu, moral akhiran dapat dilihat pada bahagian akhir cerita dalam Hikayat Sang Kancil atau Hikayat Pelanduk Jenaka. Contohnya, dalam cerita Sang Kancil dengan Siput yang melibatkan perlumbaan antara kedua-duanya, terdapat nasihat agar jangan bersikap sombong terhadap orang yang lebih kecil atau lemah daripada kita. Kadangkala orang yang kecil atau lemah memiliki kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada orang lain. Sang Kancil yang sombong akhirnya berjaya ditewaskan oleh siput dalam pertandingan lumba itu. Lihat juga cerita moral. |
moral enterpreneuer | penjaja moral | Kriminologi | Tiada | Individu atau kumpulan seperti media, ahli politik, pempengaruh media sosial atau penguat kuasa undang-undang yang melabelkan tingkah laku seseorang sebagai antisosial atau melencong untuk mempengaruhi masyarakat. Mereka juga berusaha untuk menyebarkan atau mempopularkan label ini dalam kalangan masyarakat. Contohnya, perbuatan merempit yang dilabelkan oleh polis sebagai tingkah laku antisosial dalam masyarakat. |
moral hazard | bahaya moral | insurans | Tiada | Bahaya yang dikaitkan dengan sikap dan tingkah laku insured dan pekerjanya. Contoh: insured pemabuk, pekerja yang cuai, insured yang pernah membuat tuntutan palsu. |
moral panics | panik moral | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perasaan takut yang tersebar dalam kalangan orang ramai bahawa sesuatu peristiwa, orang atau kumpulan akan mengancam kesejahteraan masyarakat. Perasaan ini juga merupakan proses membangkitkan keprihatinan sosial tentang sesuatu isu. Contohnya, perasaan takut yang timbul akibat peningkatan kejadian rogol atau ragut. |
moral entrepreneur | usahawan moral | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Individu atau kumpulan seperti media, ahli politik, pempengaruh media sosial atau penguat kuasa undang-undang yang melabelkan tingkah laku tertentu individu atau kumpulan sebagai antisosial dan tingkah laku melencong untuk mempengaruhi masyarakat. Mereka juga berusaha untuk menyebarkan atau mempopularkan label ini dalam kalangan masyarakat. Contohnya, perbuatan merempit yang dilabelkan oleh pihak polis sebagai tingkah laku antisosial dalam masyarakat. |