morality play | lakon moraliti | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mempersonifikasikan sifat baik dan jahat yang bergelut dalam jiwa manusia. Antara sifat jahat ialah tamak, haloba dan dengki, manakala sifat baik ialah jujur, amanah dan tekun. Drama ini merupakan alegori kepada perjalanan hidup manusia yang terpaksa menghadapi pertarungan, iaitu dari saat kelahiran hingga kematiannya. Drama ini muncul pertama kali pada kurun ke-14 sebagai drama agama, tetapi secara beransur-ansur menjadi sekular. Drama ini berkembang antara tahun 1400 - 1500. Antara contoh drama yang dipentaskan berjudul The Pride of Life (1400), The Castle of Perserverance (1945), dan Everyman (1500). |
interlude | selingan | Kesusasteraan | Tiada | Pencelahan singkat dalam sesuatu karya atau persembahan. Tujuan selingan adalah untuk meredakan ketegangan penonton. Contohnya, persembahan singkat antara babak sesuatu drama yang ditampilkan, sama ada dalam bentuk farsa, lakon moraliti, atau lakon sejarah. Dalam puisi, pencelahan boleh berlaku antara bahagian, rangkap, atau baris dalam puisi tersebut. Dalam persembahan bangsawan, contoh selingan ialah nyanyian, tarian, muzik dan lawak jenaka. |