Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mor.fi.na] | مورفينا

Definisi : (Kim) morfin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata morfina


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
morphinoidmorfinoidHerbaFitokimiaKumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur rangka asas yang sama dengan morfina. Selain morfina, sebatian alkaloid ini juga dihasilkan daripada pelbagai tumbuhan selain popi. Contohnya, sebiferina daripada Alseodaphne perakensis dan amarillisina daripada Amaryllis belladonna.
morphinemorfinaHerbaFitokimiaAlkaloid utama yang dihasilkan daripada candu. Dalam bentuk tulen, morfina wujud sebagai hablur putih yang larut sedikit di dalam air. Sebatian ini bersifat analgesik dan merupakan agen psikomimetik dan bahan narkotik. Morfina bertindak sebagai sebatian perangsang dan boleh menyebabkan kematian dengan dos maut 50% (LD50) 335 mg/kg. Bahan ini digunakan dalam perubatan sebagai agen pelali kesakitan melalui penggunaan secara terkawal.
basic compound groupkumpulan sebatian berbesHerbaFitokimiaSebatian organik bersifat bes yang bersedia untuk membentuk garam apabila bertindak balas dengan asid. Contohnya, morfina membentuk garam ammonium morfina apabila bertindak balas dengan asid hidroklorik. Pada umumnya, sebatian berbes ini mengandungi unsur nitrogen. Lihat juga alkaloid.
morphinemorfinaKimiaTiadaAlkaloid aromatik, formula C17H19NO3 dan takat lebur 254°C bagi hablur monohidrat, berbentuk hablur putih dan larut sedikit di dalam air, alkohol, dan eter. Morfina diekstrak daripada opium. Sebatian ini digunakan sebagai bahan ubat penahan sakit. Penyalahgunaannya boleh menyebabkan ketagihan.
endorphinendorfinBiologiFisiologiKumpulan sebatian kimia bersifat seperti morfina yang terdapat di dalam otak terutama otak tengah dan kelenjar pituitari dan mempunyai pengaruh seperti morfina.
morphinemorfinaFarmasiTiadaAlkaloid yang diterbitkan daripada candu dan wujud sebagai hablur tak berwarna yang larut sedikit dalam air. Alkaloid ini merupakan bahan narkotik yang sangan kuat dan dapat mengaruhkan ketagihan. Bahan ini digunakan dalam bidang perubatan sebagai analgesik dalam bentuk morfina asetat, hidroklorida, tartarat dan garam-garam laut yang lain.
morphinemorfinaKimiaBiokimiaAlkoloid yang diterbitkan daripada opium dan wujud sebagai hablur tak berwarna yang larut sedikit di dalam air. Alkaloid ini merupakan bahan narkotik yang sangat kuat dan dapat mengaruhkan ketagihan. Bahan ini digunakan dalam bidang perubahan sebagai analgesik dalam bentuk morfina asetat, hidroklorida, tartarat dan garam-garam larut yang lain.
opiumcanduKimiaForensikAlkaloid yang diperoleh daripada lenggai biji putik popi opium (Papaver somniferum dan Papaver album), yang mengandungi sekurang-kurangnya 20 sebatian yang berlainan, misalnya kodeina, morfina, dan papaverina. Sekitar 10% candu mentah ialah morfina, iaitu bahan yang bertanggungjawab bagi kesan candu. Dos maut yang dianggarkan bagi orang dewasa ialah 0.3 g. Kesan sampingan ialah loya, muntah, sembelit dan pernafasan tertekan.
liquid extractionpengekstrakan cecair-cecairFarmasiTiadaProses suatu cecair tak terlarutcampurkan dipisahkan keseluruhannya dengan yang lain untuk mengeluarkan komponen yang tidak terlarut dalam pelarut pengekstrakan, contohnya morfina dalam eter, mungkin diekstrak dengan menggunakan air yang diasidkan dengan asid hidroklorik, morfina hidroklorida adalah lebih terlarut dalam fasa berair.
opium alkaloidalkaloid canduHerbaFitokimiaKumpulan sebatian alkaloid yang terdapat dalam getah pokok popi (Papaver somniferum). Sebatian utama dalam alkaloid ini ialah morfina, kodeina, tebaina dan papaverina yang pada umumnya bersifat analgesik dan narkotik. Salah satu contoh sediaan alkaloid candu ialah papaveretum yang mengandungi campuran morfina 85%, kodeina 7.8% dan papaverina 6.7% dalam bentuk hidroklorida yang digunakan untuk menahan sakit semasa pembedahan.
1234

Kembali ke atas