Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.tor] | موتور

Definisi : 1. alat yg menukar satu bentuk tenaga menjadi tenaga mekanikal utk menghasilkan gerakan; ~ sangkut = ~ tempel Id enjin yg dilekatkan di buritan perahu (utk menggerak­kan perahu); 2. bp (sesuatu) yg dijalankan dgn motor; perahu ~ motobot; sepeda ~ Id motosikal; 3. Id motokar, kereta; bermotor 1. Id menaiki motokar atau moto­sikal; 2. dilengkapi motor, memakai motor: basikal ~; permotoran hal (kegiatan, sukan dsb) yg berkaitan dgn kenderaan bermotor: kegiatan di litar itu akan ditingkatkan dgn pelbagai bentuk sukan ~ spt perlumbaan go-kart dan kereta; kemajuan Proton yg menjadi pe-mangkin industri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.tor] | موتور

Definisi : 1 mesin yg dpt mengeluarkan tenaga utk menggerakkan sesuatu. 2 sesuatu yg dijalankan dgn motor 1: perahu ~ motobot. bermotor dilengkapi motor; ada motornya. permotoran hal, kegiatan dsb yg berkaitan dgn kenderaan bermotor: Kemajuan Proton menjadi pemangkin industri ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata motor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
starting motormotor pemulaKejuruteraan AutomotifEnjinMotor elektrik yang menggunakan sebuah gear pemacu untuk memulakan operasi enjin dengan memutarkan aci engkol. Apabila kunci diputar dan suis pencucuhan dihidupkan, arus elektrik daripada bateri akan dialirkan ke motor dan menyebabkan motor menghasilkan kilasan yang memutarkan aci engkol. Tindakan ini menyebabkan enjin mula beroperasi dan bekalan arus elektrik ke motor dihentikan. Sinonim motor engkol, pemula.
motor performancelakuan motorSains SukanBiomekanikKajian berkaitan proses dengan psikologi dan fisiologi yang mempengaruhi prestasi motor, dan merangkumi aspek kawalan, pembelajaran dan perkembangan motor. Bagi seseorang atlet, kecergasan lakuan motor membawa maksud kemahiran yang tinggi dalam penggunaan tenaga secara minimum bagi menghasilkan daya dan hasil yang maksimum.
cranking motormotor engkolKejuruteraan AutomotifEnjinLihat motor pemula.
blower motormotor penghembusKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMotor yang dipasang di bawah geladak depan untuk sistem pendingin.
cranking motormotor pengengkolKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMotor elektrik yang digunakan untuk mengengkol enjin.
wiper motormotor pengelapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMotor yang menggerakkan pengelap yang dipasang di geladak depan.
molecular motormotor molekularFizikNanoteknologiNanomesin biologi yang sangat penting untuk pergerakan dalam organisma hidup. Kebanyakan motor molekular berasaskan protein dan menukar tenaga kimia dalam ATP kepada tenaga mekanik.
basic motor patterncorak motor asasSains SukanBiomekanikCorak atau kinematik lakuan motor pada peringkat yang belum mencapai tahap kematangan lakuan. Lihat juga lakuan motor.
starting-motor drivepemacu motor pemulaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMekanisme pemacu dan gear yang terdapat pada hujung aci angker motor pemula, untuk memasukkan dan mengeluarkan gigi gear pinan motor pemula ke gigi gear roda tenaga.
motormotorKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang terdiri daripada gelung elektromagnet dan angker yang berputar dalam medan magnet atau gelung medan magnet.
12345678910...

Kembali ke atas