associative stage | peringkat gabungan | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Peringkat keupayaan motor pada peringkat pertengahan, iaitu peringkat yang menggabungkan beberapa aspek kemahiran asas untuk menjadi satu kemahiran motor yang lebih kompleks. Pada peringkat ini, atlet telah menguasai kemahiran asas dan meliputi bagaimana bahagian pergerakan lakuan motor itu berkaitan antara satu sama lain. Atlet juga sentiasa membaiki kelemahan yang ada untuk menghasilkan kemahiran yang lebih tinggi. 2. Pencapaian kemahiran motor tertinggi berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner. |
motor insurance | insurans motor | insurans | Tiada | Perlindungan insurans kenderaan berenjin seperti: 1. Insurans komprehensif. 2. Liabiliti pihak ketiga, kebakaran dan kecurian. 3. Liabiliti pihak ketiga. 4. Kecederaan anggota atau kematian pihak ketiga. |
cognitive stage | peringkat kognitif | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Peringkat keupayaan motor pada tahap awalan atau tahap kemahiran rendah. Pada peringkat ini, atlet mula mempelajari kemahiran-kemahiran dalam sukan dan akan cuba mengenal pasti secara keseluruhan konsep kemahiran motor. Mereka akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada persekitaran latihan atau permainan, kemudiannya diubah suai mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. 2. Pencapaian kemahiran motor peringkat permulaan berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner. |
motor pacing (demi-fond) | lumba ikut motor | Sukan | Lumba Basikal | Perlumbaan basikal balapan secara mengekori motosikal dari mula hingga tamat perlumbaan, lazimnya selama satu (1)jam. |
autonomous stage | peringkat autonomi | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Peringkat penghasilan perlakuan kemahiran motor yang bersifat seolah-olah berlaku secara automatik, lebih stabil dan tanpa mengalami sebarang kesukaran. Pada peringkat ini, atlet telah mencapai kemahiran yang tinggi. 2. Pencapaian kemahiran motor tertinggi berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner. |