Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua.ra] | موارا

Definisi : tempat air sungai masuk ke sungai lain atau ke laut, kuala: adakah tuan-tuan melihat dua buah perahu besar berlabuh di ~?; hidup dua ~ prb hidup dgn dua pencarian atau penghidupan; bermuara masuk atau mengalir ke sungai (laut dll): Sungai Kelang ~ di Selat Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua.ra] | موارا

Definisi : tempat air sungai masuk ke sungai lain atau masuk ke laut; kuala. bermuara masuk atau mengalir ke sungai atau ke laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muara (kata nama)
Bersinonim dengan kuala, mulut sungai, hilir, hujung;,

Puisi
 

Muara batu berumput,
     Kelekati gilang gemilang;
Suara saja terluput,
     Dalam hati manakan hilang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Hidup dua muara.

Bermaksud :

Hidup dengan dua macam pencarian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tidal prismprisma pasang surutSains MarinTiadaJumlah air di muara atau kemasukan air di antara purata air pasang dan purata air surut yang terdapat di muara.
estuarymuaraSains MarinTiadaBahagian mulut sungai yang melebar ke laut. Di sinilah aliran pasang surut berlaku yang mengakibatkan percampuran air masin dan air tawar.
brackish water fishikan air payauPerikananAkuakulturIkan yang hidup di persekitaran paya bakau dan muara sungai pada tahap kemasinan 0.5 ­– 30 ppt. Contoh ikan air payau ialah ikan siakap dan ikan jenahak.
eutrophiceutrofikSains MarinTiadaKeadaan sistem akuatik yang mempunyai kandungan nutrien tinggi dan berupaya menampung pertumbuhan pesat alga serta organisma penghasil primer yang lain. Contohnya, kawasan muara yang menerima banyak nutrien daripada aliran sungai dan air di permukaan.
slack tidepasang surut genangSains MarinTiadaTurun-naik aras air laut akibat kesan putaran bumi dan tarikan graviti bulan. Pasang surut ini berlaku di kawasan pantai dan muara sungai, lazimnya dua kali pasang dan dua kali surut sehari. Pada waktu air pasang, air laut tenang dan kadangkala mengalir ke hulu sungai sehingga 10 km. Pada waktu air surut, pinggir air jauh ke tengah laut.
haloclinehaloklinSains MarinTiadaLapisan air yang mengalami perubahan mendadak nilai kemasinannya berbanding dengan lapisan air di bahagian atas dan bawahnya. Haloklin menyebabkan stratifikasi turus air yang menghalang percampuran air di lapisan atas dan bawah. Contohnya, haloklin yang berlaku di kawasan muara disebabkan kemasukan air tawar dari sungai, seterusnya menghasilkan lapisan air dengan cerun kemasinan yang tinggi.
littoral drifthanyutan litoralSains MarinTiadaPergerakan semula jadi bahan yang berlaku di kawasan litoral di sepanjang pantai. Bahan yang dihakis dari zon litoral mempunyai daya hakis yang kuat oleh air laut di kawasan ini dengan menghasilkan ciri-ciri seperti dataran pasir dan muara. Lihat juga zon litoral.

Kembali ke atas