Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua.tan] | مواتن

Definisi : barang-barang yg dibawa (oleh lori dll), isi (kapal dll): sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu; ~ haba (Kim) kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan se­banyak satu kelvin, lazimnya pd tekanan dan isi padu yg sama; ~ haba tentu (Kim) muatan haba per unit jisim, atau kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu satu kg bahan sebanyak satu kelvin; orang ~ orang yg menumpang (naik) kapal dll; resit ~ = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg dikirim dgn kapal dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua.tan] | مواتن

Definisi : barang-barang yg dibawa (oleh lori dll); isi kapal dll: Apabila sampai di Pelabuhan Kelang, segala ~ kapal itu diturunkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muat (adjektif)
Bersinonim dengan ada ruang, dapat diisi, tidak sempit, tidak ketat, tidak sendat;,
Kata Terbitan : memuatkan, termuat, muatan,

Puisi
 

Perahu sekuci muatan sarat,
     Tenggelam duduk di muka kuala;
Cuba sedikit terasa kelat,
     Racun diminum hilang dahaga.


Lihat selanjutnya...(23)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
affreightmentkontrak tambang muataninsuransTiadaPenyewaan sebuah kapal untuk membawa muatan. Kontrak ini wujud di dalam bil muatan kapal.
chargecas; caj; muatan; rempuh (Hoki)KejuruteraanTiada5. Muatan: Bahan api yang ditempatkan dalam reaktor nuklear.
capacitymuatanMatematikTiadaBilangan unit isi padu yang boleh dimuatkan ke dalam sesuatu bekas.
reserve capacitymuatan simpananKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPengelasan bateri berdasarkan tempoh masa (dalam minit) yang diambil oleh bateri pada suhu 26.7�C (80�F) untuk membekalkan arus 25 ampere, sebelum voltan pada setiap sel bateri menurun kurang daripada 1.75 volt.
mixed loadmuatan bercampurPertanian OrganikTanaman Makanan-
loading capacitymuatan pembebananKimiaKimia AnalisisAmaun sampel maksimum yang dapat melalui turus kromatografi tanpa mengubah pekali taburan sampel itu.
buffer capacitymuatan penimbalKimiaKimia AnalisisKebolehan relatif larutan penimbal untuk menahan perubahan pH apabila asid, atau bes ditambah ke dalam larutan itu.
heat capacitymuatan habaFizikTiadaKuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sistem sebanyak satu darjah pada keadaan tertentu, biasanya pada tekanan malar atau isi padu malar.
traffic capacitymuatan trafikPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBilangan trafik yang boleh ditampung oleh sesebuah jalan raya pada sesuatu masa.
highway capacitymuatan jalan rayaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
1234

Kembali ke atas