Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.dah] | موده

Definisi : 1. tidak susah atau sukar, gampang, senang: sajak baru, bukanlah satu hasil seni yg ~ difahami; dgn takdir Allah Taala, Manjung pun alah dgn ~nya; 2. cepat atau lekas sekali (menjadi dll): ada setengah-se-tengah orang yg ~ menganggap bahawa pengarang itu seorang manusia yg luar biasa; kalau angin kencang, mungkin api yg meliuk-liuk lemah itu padam dgn ~nya; 3. bp senang diperdaya (perempuan), tidak kuat imannya; ~ jua pd yg ada, sukar jua pd yg tidak prb orang kaya dapat memenuhi adat apa pun jua sedangkan orang miskin se­galanya susah; bermudah-mudah menganggap senang sa­haja sesuatu pekerjaan, mengerjakan dgn tidak bersungguh-sungguh; memudahkan 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll), menyenangkan: utk ~ men-dapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka; 2. memandang atau meng­anggap tidak penting (mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat; memudah-mudahkan menganggap atau memandang ringan; mempermudah menjadikan lebih mudah: tujuan logaritma ialah hendak ~ kerja kiramengira biasa; mudah-mudahan; bukan ~ bukan perkara (hal dll) yg mudah; kemudahan 1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya se­suatu); 2. kesenangan, keselesaan: pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~ rakyat; 3. sesuatu yg memu­dahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~ awam perkhidmatan dan infra­struktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dsb; pemudahan perihal (perbuatan dsb) memu­dahkan; pemudah (orang) yg suka kpd perkara yg senang-senang sahaja; ~ cara orang (pihak) yg memudahkan sesuatu tindakan atau proses (spt pemindahan ilmu): sektor awam akan bertindak sbg ~ cara kpd perkembangan sektor swasta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.dah] | موده

Definisi : ; mudah-mudahan 1. dgn harapan supaya (terhindar drpd kemalangan dll), di­harapkan supaya, moga-moga: ~ Tuhan akan memberkati hidup engkau; 2. (biasanya pd akhir ayat dll) demikianlah hendaknya: Tuhan akan memberi perlindungan kpd kita, ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.dah] | موده

Definisi : 1 tidak susah; tidak sukar: Kira-kira ini ~ saja. 2 lekas atau cepat sangat: Budak-budak muda ~ benar terpengaruh. ~ alih dpt dibawa atau dialih ke mana-mana. bermudah-mudah menganggap mudah saja; membuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh. memudahkan 1 menjadikan mudah utk dikerjakan. 2 menganggap tidak penting, tidak berharga dll; memandang mudah. mempermudah menjadikan lebih mudah; menganggap lebih mudah. kemudahan 1 keadaan mudah. 2 sesuatu yg disediakan utk faedah orang ramai, pekerja dsb. ~ awam perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, dan jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mu.dah] | موده

Definisi : ; mudah-mudahan 1 diharapkan supaya; moga-moga: Belajarlah bersungguh-sungguh, ~ berjaya nanti. 2 demikianlah hendaknya (selalunya pd akhir ayat): Pd bulan hadapan akan tercapailah cita-cita kita, ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,

Puisi
 

Jangan mudah bunga sudah,
     Bunga serupa dengan daun;
Jangan mati kehendak mudah,
     Hilang bulan berganti tahun.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Mudah terbelingut bagai pisau belik.

Bermaksud :

Mudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah.

 

Lihat selanjutnya...(90)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hot productsbarang tumpuanKriminologiKeadilan JenayahBarangan yang menjadi sasaran pencuri. Antara ciri-ciri barangan tumpuan ialah barangan yang bernilai, barangan mudah alih, mudah ditanggalkan, mudah disembunyikan dan barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Contohnya, kenderaan, barang kemas dan peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer riba dan kamera.
mobile app onboardingsuai tugas app mudah alihPentadbiran PerniagaanTiadaProses yang terdapat pada ciri visual peranti mudah alih yang dapat membantu pengguna mempelajari tentang aplikasi sesuatu produk, cara mula menggunakan produk dan mencari nilai terhadap sesuatu produk itu dengan mudah. Proses ini bermula dengan interaksi pertama antara pengguna dengan produk dan akan berterusan.
derivatizationpenerbitanKimiaKimia AnalisisProses peningkatan sifat mudah meruap sebatian sebelum disuntik, dalam kromatografi gas. Beberapa jenis sebatian dapat bertindak dengan reagen penerbitan yang mengandungi klorin atau fluorin untuk membentuk sebatian mudah meruap. Contohnya agen penerbitan trifluoroasetik anhidrida dapat digunakan untuk menerbitkan sebatian mudah meruap seperti karbohidrat, asid amino atau alkohol.
wheel quick-releaseskru mudah tanggalSukanLumba BasikalSkru yang mudah dikeluarkan yang dipasang pada roda.
seatpost quick-releaseskru mudah tanggalSukanLumba BasikalSkru yang mudah dibuka untuk tiang tempat duduk.
mobile deviceperanti mudah alihTeknologi Maklumate-PembelajaranAlat perkomputeran kecil yang mudah dipegang dan dibawa. Alat ini biasanya mempunyai skrin sesentuh pipih dan mampu dihubungkan ke Internet melalui Wi-Fi, Bluetooth atau rangkaian selular dengan bekalan tenaga bateri boleh cas semula litium. Contohnya, telefon bimbit, tablet dan peranti navigasi GPS.
mobile onboardingsuai tugas mudah alihPentadbiran PerniagaanTiadaLihat suai tugas app mudah alih.
acetalasetalFizikNanoteknologiCecair mudah meruap, tidak berwarna dan mudah terbakar. Formula kimianya ialah CH3CH(OC2H5)2. Molekul bahan ini dapat bergabung dengan molekul polimer lain, seperti poliaktida dan polietilena-glikol bagi membentuk misel.
mobile appapp mudah alihTeknologi Maklumate-PembelajaranPerisian aplikasi yang biasanya kecil dan khusus untuk sebarang platform perkakasan khususnya peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. App ini hanya boleh didapati dengan kaedah memuat turun daripada stor app secara percuma atau dibeli daripada stor app secara dalam talian dan dipasangkan pada peranti tersebut.
mobile healthkesihatan mudah alihTeknologi Maklumate-KesihatanAplikasi yang berkaitan dengan amalan perubatan dan kesihatan awam yang disokong oleh peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan peranti boleh pakai seperti jam tangan pintar. Aplikasi ini membantu mengumpul data kesihatan klinikal, menghantar maklumat penjagaan kesihatan kepada para pengamal, penyelidik, dan pesakit serta memantau tanda-tanda penyakit pada masa nyata.
12345678910...

Kembali ke atas