baccarat | bakarat | Kesenian | Hiasan Dalaman | Barangan kaca kristal yang mula-mula dibuat di timur Perancis pada sekitar abad ke-18. Pada mulanya, barangan kaca ini hanya terdiri daripada kaca tingkap, cermin muka dan peralatan mengukus. Namun, kemudian pengeluarannya berkembang kepada barangan ketuhar, lampu hiasan gantung, dan botol minyak wangi. Kecantikannya yang luar biasa menjadikan barangan ini diminati ramai. |
frontline employee | pekerja barisan hadapan | Pelancongan | Tiada | Individu sesebuah organisasi yang mula-mula berurusan dengan pelancong. |
opening menu | menu pembukaan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Senarai opsyen dalam program pemprosesan kata, iaitu Wordstar yang mula-mula sekali dipaparkan. |
false start | salah mula | Sukan | Lumba Basikal | Keadaan apabila peserta mula lebih awal daripada isyarat lepas. |
puberty | puberti | Veterinar | Tiada | Masa apabila haiwan mula membebaskan sel germa matang yang menandakan organ pembiakan mula berfungsi. Puberti berlaku pada haiwan jantan apabila pancutan semen yang mengandungi sperma mencukupi untuk membuntingkan haiwan betina. Pada haiwan betina pula, permulaan puberti terjadi apabila berlakunya estrus pertama dan diiringi oleh pengovulan. Faktor yang mempengaruhi permulaan puberti termasuk iklim, aras pemakanan, pewarisan dan pembebasan hormon seperti gonadotrofin yang mencukupi. |
herbal starting material | bahan mula herba | Herba | Tiada | Sebarang bahan mentah ramuan herba yang digunakan sebagai asas dalam pengilangan suatu produk herba. Bahan mula herba boleh terdiri daripada sediaan herba. Lihat juga sediaan herba. |
herbal cross-contamination | kontaminasi silang herba | Herba | Tiada | Pencemaran bahan mula, produk antara atau produk akhir dengan bahan mula atau produk lain semasa proses pengilangan herba. Kontaminasi ini boleh berlaku akibat kecuaian pengendalian semasa penyampelan, penimbangan, pencampuran dan pemprosesan. |
zoea | zoea | Perikanan | Akuakultur | Peringkat kedua larva udang yang mengambil masa selama 3 – 5 hari dalam proses perkembangan larva. Larva mula memakan diatom dan naupli artemia sebagai sumber makanan. Pada peringkat ini mata akan terbentuk dan badan mula memanjang. |
restart | mula semula | Sukan | Lumba Basikal | Pelumba yang dliberi kebenaran untuk memulakan semula perlumbaan,setelah mengalami kerosakan atau kesilapan teknikal pada basikal. |
flying start | mula laju | Sukan | Lumba Basikal | Perbuatan memulakan perlumbaan sepantas mungkin. |