Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mung.kin] | موڠکين

Definisi : tidak mustahil, boleh jadi, harus: apa yg dikatakan oleh orang itu memang ~ ter-jadi; secepat (selekas) ~ (dgn) secepat yg boleh, (dgn) secepat-cepatnya; sedapat ~ se­dapat-dapatnya; memungkinkan 1. menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin, mengharuskan: ke-matian mereka ~ terjadinya sesuatu yg tidak diingini oleh manusia; 2. memberi kesem­patan (kpd), membolehkan (melakukan se­suatu): ini tidak ~ si pengarang dapat mengata-kan dia sudah banyak membaca; 3. meng­anggap mungkin (boleh jadi), memandang tidak mustahil; kemungkinan perihal mungkin, keharusan: beberapa orang pakar sejarah sedang me-nyelidiki ~ agama Islam dibawa dr negeri China; berkemungkinan mempunyai kemungkin­an, ada kemungkinannya: dgn ini bererti masih ada sistem planet di bintang lain yg ~ lebih tua usianya drpd planet bumi; ketidakmungkinan perihal tidak boleh terjadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mung.kin] | موڠکين

Definisi : boleh jadi; dpt terjadi; tidak mustahil: Emaknya ~ datang ke rumahnya hari ini. secepat (selekas) ~ secepat yg dpt; secepat-cepatnya. memungkinkan 1 menjadikan mungkin. 2 membolehkan sesuatu berlaku: Peraturan itu ~ pekerja-pekerja menjalankan tugas dgn cekap dan teratur. 3 menganggap mungkin atau menganggap tidak mustahil. kemungkinan 1 keadaan mungkin. 2 sesuatu yg mungkin berlaku: Syarikat tsb mempunyai ~ besar utk maju. berkemungkinan mempunyai kemungkinan; ada kemungkinannya: Usaha itu ~ akan menghadapi rintangan kerana ada pihak yg kurang senang terhadap pelaksanaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mungkin (kata tugas)
Bersinonim dengan barangkali, boleh jadi, harus, tidak mustahil, agak-agaknya, mudah-mudahan, mentak;,
Kata Terbitan : memungkinkan, kemungkinan,

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Alu pencungkil duri.

Bermaksud :

Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri).

 

Lihat selanjutnya...(40)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parodyparodiKesusasteraanPuisiPeniruan terhadap gaya sesebuah puisi yang dihasilkan oleh seseorang penyair yang lain. Peniruan mungkin sebahagian dan mungkin juga sepenuhnya. Hal ini dilakukan dengan tujuan untuk menimbulkan unsur ejekan atau kelucuan kepada penyair asalnya. Contohnya, puisi "Bagaimana Kalau ..." karya Usman Awang. Bagaimana kalau pada suatu saat Ketika menjalankan tugas yang maha berat Untuk segala keturunan dan zuriat Pak Mudim tersilap meletakkan mata pisau Terpangkas sampai ke pangkal Tercapaikah impian Perdana Menteri meningkatkan Penduduk Malaysia sebanyak 70 juta?
maximum probable losskerugian mungkin maksimuminsuransTiadalih. kerugian maksimum mungkin.
probable maximum losskerugian maksimum mungkininsuransTiadaJumlah kerugian maksimum yang dianggarkan akan berlaku bagi sesuatu peristiwa yang dianggap di dalam lingkungan kebarangkalian. Ia tidak mengambil kira peristiwa kebetulan yang munasabah tetapi tidak mungkin berlaku.
secular trendarah aliran sekularEkonomiTiadaKecenderungan pergerakan jangka panjang aktiviti ekonomi yang mengikut suatu arah aliran tertentu. Arah aliran mungkin negatif, yang menggambarkan penurunan, atau positif yang menggambarkan peningkatan. Perubahan kecenderungan mungkin berpunca daripada perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan teknologi yang mengubah kaedah pengeluaran. Misalnya, kemerosotan yang berpanjangan dalam penggunaan beca yang disebabkan oleh proses pemodenan. Perubahan permintaan yang berlaku mengikut musim tidak dinamakan perubahan arah aliran sekular.
neologismneologismeKesusasteraanPuisiPemilihan dan penggunaan perkataan baharu dalam sesebuah puisi yang dicipta. Pembentukan dan penggunaan kata baharu itu mungkin berasal daripada bahasa penyair sendiri mahupun dipinjam daripada bahasa asing. Penggunaan kata-kata neologisme ini bertujuan untuk menjelaskan lagi sesuatu isu atau pemikiran yang diungkapkan oleh penyairnya dan mungkin juga merupakan suatu stail saja. Contohnya, penggunaan neologisme ini dapat dilihat dalam "Sajak Warga Kata" karya Baha Zain. Antara kata-kata tersebut ialah warga, bankrap, pub, nightclub, combat, piring terbang, jutawan, rutin, burger, instant mee dan kerantung.
narrative poetrysajak kisahKesusasteraanPuisiPuisi yang isi atau persoalannya menceritakan atau mengisahkan sesuatu seperti tokoh, objek, kejadian, pengalaman dan sebagainya. Tema dan persoalan yang dikisahkan oleh penyair dalam sajaknya itu mungkin didasarkan kepada sesuatu yang benar atau mungkin hanya rekaannya sahaja. Contohnya, sajak "Fatamorgana" dalam kumpulan Balada Seberang Benua karya Firdaus Abdullah. Sinonim puisi kisahan, sajak naratif.
montagemontajKesusasteraanTiadaCara penulisan yang mungkin dipinjam daripada teknik pembikinan filem, dalam karya yang bercorak impresionisme untuk membina adegan atau suatu suasana dengan menyusun siri gambaran yang ringkas dan pantas, tanpa mengikut urutan yang logis.
calculuskalkulusKejururawatanTiadaBatu karang yang mungkin terbentuk di pundi hempedu, duktus hempedu, ginjal, ureter atau pundi kencing. Jika di trek biliari ia dikenali sebagai kalkulus hempedu dan di ginjal sebagai kalkulus renal.
epistaxisepistaksisHerbaFitoterapiPendarahan dari hidung yang mungkin disebabkan oleh trauma, keadaan persekitaran yang ekstrem atau terdapat benda asing di dalam hidung.
peritonitisperitonitisKejururawatanTiadaInflamasi pada peritoneum yang mungkin disebabkan oleh bakteria yang merebak melalui peredaran darah atau akibat penembusan suatu organ abdomen.
12345678910...

Kembali ke atas