Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 suka memberi; tidak kedekut. 2 pengasih dan penyayang. bermurah hati memberi sedekah, derma dll dgn suka hati: Ia telah ~ menghadiahkan wang sebanyak RM 1,000.00 kpd persatuan itu. kemurahan hati sifat murah hati; kebaikan hati; sifat pengasih dan penyayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
murah (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: menjunam, turun, merosot, meleset,
Berantonim dengan mahal

2. Dalam konteks rezeki
bersinonim dengan berlebih-lebih, melimpah-limpah, melimpah-ruah, bertimbun-timbun, melambak-lambak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : memurahkan, kemurahan, kemurahan hati, pemurah,

Puisi
 

Cina melompat lautan api,
     Merebut gemala di mulut naga;
Asal mendapat kehendak hati,
     Mahal murah dibayar harga.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai bertanak di kuali.

Bermaksud :

Terlalu murah hati sehingga binasa kerananya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
leniency errorralat murah hatiPentadbiranTiadaKecenderungan menilai sebilangan pekerja dengan terlalu tinggi atau terlalu rendah.
benevolent leaderpemimpin murah hatiPentadbiranTiadaGaya kepimpinan seseorang yang bersifat diplomsasi dalam tindak-takduknya terhadap orang yang dipimpinnya.
  political leadershipkepimpinan politikPentadbiranPentadbiran Awam

Gaya kepimpinan seseorang ketua dalam bidang politik. Ia boleh berupa Ketua Kerajaan, Presiden Parti, NGO ataupun pihak pembangkang dan kedudukannya adalah sangat penting kerana boleh mempengaruhi orang ramai. Faktor-faktor latar belakang, ideologi, pemikiran, pengalaman, pendidikan dan karisma sangat penting dalam membentuk gaya kepimpinan politik. Sifat kepimpinan politik boleh menjadi autoritarian, demokratik, murah hati, zalim, mahupun bertolak ansur. Ia akan mempengaruhi hubungan kerajaannya dengan negara lain, kesepaduan dalam kerajaan, parti politik dan sebagainya.


Kembali ke atas