Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.rung] | موروڠ

Definisi : sedih, masyghul, pilu: sifat riang da-pat berubah jadi ~ dgn tiba-tiba; bermurung berasa murung, berdukacita, ber­sedih: apabila kemarahannya tidak dapat diluahkan, dia ~ sepanjang hari; kemurungan 1. perihal murung, kemu­raman, kesuraman: kenangan itu menjadikan ~nya bertambah-tambah dan bibirnya ber-getar-getar; 2. (Psi) keadaan apabila sese-orang mengalami rasa kecewa dan putus asa yg diiringi dgn gejala spt sukar tidur, lembap berfikir, dan rasa bersalah yg keterlaluan yg tidak setimpal dgn kesalahan yg dilakukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.rung] | موروڠ

Definisi : sedih atau pilu. bermurung bersedih; bermuram. kemurungan keadaan murung; kemuraman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
murung
Rujuk :masyghul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
melancholiamelankoliaPerubatanPsikiatriPenyakit mental yang ditandai oleh keadaan murung atau perasaan yang amat sedih dan berpanjangan.
high-functioning depressionkemurungan fungsi tinggiPerubatanTiadaSejenis penyakit murung yang tidak terlalu serius dan berupaya untuk melaksanakan tanggungjawab harian seperti tugas di tempat kerja dan kerja rumah.
low-functioning depressionkemurungan fungsi rendahPerubatanTiadaSejenis penyakit murung yang serius sehingga menghadapi masalah untuk melaksanakan tanggungjawab harian seperti tugas di tempat kerja dan kerja rumah.
lamentrintihanKesusasteraanTiadaRintihan: Puisi yang menyatakan perasaan sangat sedih, rindu, murung terutama kerana kematian seseorang.
melancholysayuKesusasteraanPuisiNada atau suasana yang terpancar daripada sesebuah puisi seperti nada murung, hiba dan sayu. Nada dan suasana ini lebih senang ditanggap oleh khalayak pendengar apabila sesebuah puisi yang mengandungi unsur-unsur tersebut dideklamasikan. Contohnya,dalam puisi '"Hikayat Malim Deman" yang bernada suasana sayu dapat dirasakan dari pantun di bawah. Sinonim melankoli. Ada kain songket permata, Tenun Puteri Galuh Kencana; Ada lain buangkan beta, Kerana beta dagang yang hina.
complaint versesajak ratapanKesusasteraanPuisiPuisi yang membawa persoalan dan perasaan duka, sedih, pilu, muram, murung dan scndu. Puisi ini mencitrakan sesuatu peristiwa atau tragedi, umpamanya kematian seseorang tokoh, pembesar dan pemimpin yang dihormati dan disanjungi. Contohnya, puisi "Bintang di Langit Zaman" dalam kumpulan Duri dan Api karya Usman Awang.
black humourhumor pahitKesusasteraanTiadaKesan lucu dalam penulisan fiksyen dan drama. Kesan lucu ini terbit daripada keadaan hodoh, murung dan dahsyat yang berkaitan dengan suatu dunia yang mengelirukan dan menggerunkan. Dalam drama, kesan lucu ini bertujuan mengejutkan dan mengelirukan khalayak dan membuatkan mereka ketawa, terutamanya ketika menghadapi kebimbangan, kesengsaraan, dan kematian. Humor pahit merupakan elemen penting dalam teater absurd kerana matlamatnya adalah untuk menyatakan kesia-siaan dan kehampaan dalam kehidupan kontemporari. Lihat juga teater absurd, teater hitam.
lamentrintihanKesusasteraanPuisiPuisi ratapan yang mengandungi isi dan persoalan yang diungkapkan oleh penyairnya mengandungi unsur sedih, pilu atau murung. Contohnya, puisi "Ke Makam Bonda" karya Usman Awang. Kami mengunjungi pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria, Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda. Tegak kami di makam sepi, Lalang-lalang tinggi berdiri, Dua nisan terkapar mati, Hanya papan dimakan bumi.

Kembali ke atas