point mutation | mutasi titik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Penggantian satu bes nukleotida dengan satu bes nukleotida yang lain sama ada melalui proses pemasukan atau penyingkiran daripada jujukan DNA atau RNA. Mutasi titik yang berlaku pada kawasan pengekodan boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu mutasi tanpa gejala, mutasi lain erti dan mutasi terhenti. Lihat juga mutasi senyap, mutasi lain erti dan mutasi terhenti. |
deficiency gene | gen kekurangan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Gangguan pada gen yang disebabkan oleh mutasi. Lazimnya, mutasi seperti ini jarang-jarang berlaku. Sebagai contoh, gen berkaitan dengan penyatuan kekurangan hormon pituitari menghasilkan arahan bagi membentuk protein faktor transkripsi. |
neutral mutation | mutasi neutral | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Mutasi yang berlaku dalam populasi genetik dan tidak dipengaruhi oleh pemilihan semula jadi. Mutasi ini tidak memberi kesan kepada kebolehupayaan sesuatu organisma untuk bermandiri dan menghasilkan keturunan. |
mutation | mutasi | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Perubahan dalam urutan DNA sel. Mutasi mungkin disebabkan oleh kesilapan semasa pembahagian sel atau disebabkan oleh pendedahan kepada agen yang merosakkan DNA. Mutasi boleh membahayakan, memberi manfaat atau tidak memberi kesan kepada organisma. |
missense mutation | mutasi lain erti | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Mutasi titik, iaitu pertukaran satu bes nukleotida dengan satu bes nukleotida lain yang menyebabkan perubahan kepada RNA dan seterusnya asid amino. Perubahan ini memberi kesan kepada perubahan sesuatu fungsi atau protein. |
nonsense mutation | mutasi terhenti | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Sejenis mutasi titik, iaitu pertukaran satu bes nukleotida dengan satu bes nukleotida yang lain yang menyebabkan terhasilnya kodon penamat. Perubahan ini memberi kesan terhadap perubahan produk protein kepada yang tidak sempurna fungsinya. |
silent mutation | mutasi senyap | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Sejenis mutasi titik, iaitu pertukaran satu bes nukleotida dengan satu bes nukleotida yang lain, yang tidak menyebabkan perubahan kepada asid amino, protein dan fungsi. |
gene mutation | mutasi gen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Perubahan kekal dalam urutan DNA yang membentuk gen yang menghasilkan urutan berbeza pada kebanyakan haiwan. Mutasi gen berlaku dalam keadaan yang luas dan boleh menjejaskan mana-mana gen dari DNA tunggal (pasangan asas) ke segmen besar kromosom. |
mutation analysis | analisis mutasi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah mengenal pasti perubahan atau variasi pada jujukan nukleotida seperti penyingkiran, pemasukan, dan penggantian bes. Faktor penyebab dan kesan kepada perubahan menjadi fokus kepada analisis mutasi ini. |
allelic series | siri alel | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Rangkaian alel mutan yang berbeza menyebabkan pelbagai fenotip. Setiap siri alel akan membawa satu mutasi titik dalam bahagian lain gen yang sama. Siri alel mutasi mengganggu fungsi miostatin dan akan menyebabkan pengototan berganda pada haiwan seperti lembu. |