Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mut.laq] | مطلق

Definisi : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak ber­belah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap ke-daulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll); memutlakkan menyebabkan sesuatu men­jadi mutlak: jangan sampai ada orang yg menyangka bahawa Plato telah ~ undang-undang; kemutlakan perihal mutlak; pemutlakan perihal (proses atau perbuatan) memutlakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mut.laq] | مطلق

Definisi : 1 mengenai semuanya; tidak ada kecualinya; tidak bersyarat lagi: hak ~ hak memiliki sesuatu dgn sepenuhnya; syarat ~ syarat yg mesti ada; wakil ~ wakil penuh. 2 suci: air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan). memutlakkan menyebabkan sesuatu menjadi tidak ada kecualinya atau tidak bersyarat lagi; menjadikan sesuatu sbg yg mutlak. kemutlakan 1 keadaan atau sifat mutlak: Ada pihak yg melobi sokongan negara anggota utk menggagalkan ~ Malaysia sbg negara tuan rumah mesyuarat tsb. 2 sesuatu yg mutlak; yg tidak ada kecualinya: Walaupun sesetengah pihak menganggap Kaabah sbg sesuatu yg hanya sebuah bangunan, tetapi pdnya kita dpt merasakan suatu ~. pemutlakan perihal atau perbuatan memutlakkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mutlak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absolute powerkuasa mutlakSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bentuk kuasa yang hanya dikuasai oleh seseorang, sekelompok atau organisasi tertentu tanpa sebarang kuasa menyemak, amalan pembahagian kuasa atau perkongsian kuasa. Pemerintahan ini dikuasai oleh seorang diktator, raja atau sebuah parti yang terpusat kuasanya. Segala keputusan politik ditentukan oleh pemerintah sama ada semasa menggubal, melaksanakan, mentafsir undang-undang dan menentukan dasar luar dan pentadbiran negara. Walau bagaimanapun, konsep kuasa mutlak harus dibezakan dengan konsep kuasa mutlak kerajaan. Kuasa mutlak kerajaan merujuk kepada kerajaan yang memiliki kuasa mutlak dalam menentukan keputusan yang terbaik untuk kebaikan negara. Contoh kuasa mutlak dapat diIihat semasa pemerintahan ldi Amin di Uganda pada dekad 1970-an yang bersifat diktator.
arbitrary (power)arbitrari (kuasa)SejarahTiadaKuasa yang dimiliki oleh seseorang untuk membuat apa saja yang disukainya, dicirikan dengan kuasa mutlak atau autoriti mutlak.
absolute errorralat mutlakSains SukanBiomekanikRalat perlakuan yang mengambil kira magnitud kesilapan yang telah berlaku. Ralat mutlak dalam biomekanik melibatkan pengukuran ketepatan prestasi motor secara keseluruhan.
manifold absolute pressure sensorpenderia tekanan mutlak pancaronggaKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang mengesan tekanan mutlak dalam pancarongga pengambilan dan menukarkannya kepada isyarat voltan yang berubah-ubah untuk dihantar ke modul kawalan enjin atau modul kawalan rangkaian kuasa. Peranti ini digunakan dalam sistem suntikan bahan api atau sistem enjin kawalan elektronik. Tekanan yang dibaca oleh penderia ini digunakan oleh modul kawalan enjin untuk mengawal kadar suntikan bahan api.
manifold absolute pressuretekanan mutlak pancaronggaKejuruteraan AutomotifEnjinTekanan dalam pancarongga pengambilan yang diukur pada skala tekanan mutlak. Nilainya berkadar terus dengan beban Jenjin dan berada di bawah paras tekanan atmosfera menyebabkan udara disedut ke dalam kebuk pembakaran. Singkatan MAP.
absolute deviationselewengan mutlakSains PolitikPolitik PerbandinganPenyimpangan daripada amalan yang lazim diamalkan dalam konteks sistem politik atau pemerintahan yang bersifat mutlak. Penyelewengan ini berlaku melalui dasar, pentadbiran, ideologi dan sebagainya yang boleh meninggalkan kesan yang besar kepada sesebuah negara. Contohnya, dasar Perestroika dan Glasnost yang diperkenalkan oleh Mikhail Gorbachev di Soviet Union pada tahun 1987 yang menyimpang daripada tradisi sistem komunis Soviet Union.
absolute monarchymonarki mutlakSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan yang dikuasai oleh keluarga diraja. Dalam sistem monarki ini, keseluruhan sistem pemerintahannya dikuasai oleh anggota keluarga tersebut dan mewarisinya secara turun-temurun. Penguasaan ini merangkumi agensi pemerintahan, perundangan, jentera pentadbiran, sumber hasil negara dan sebagainya. Contohnya, negara Brunei Darussalam merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan monarki mutlak.
obsolute criticismkritikan mutlakKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menginterpretasikan semua karya sastea berdasarkan prinsip luaran yang sudah diterima sebagai standard. Kritikan ini mengandaikan beberapa nilai atau hukum-hakam tertentu sebagai asas penilaian sastera, dan tidak boleh dipertikaikan.
absolute anglessudut mutlakSains SukanBiomekanikSudut yang terbentuk di antara segmen dengan satu garis rujukan, sama ada menegak atau mendatar.
absolute ratekadar mutlakinsuransTiadaKadar pengurangan dalam demografi yang didasarkan kepada sesuatu sebab pengurangan (seperti kematian akibat kemalangan, berhenti kerja dll.) tanpa bersandarkan kepada sebab-sebab pengurangan lain.
123456

Kembali ke atas