Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fado (Por)fadoKesenianTiadaMuzik tarian Portugis yang menggunakan gitar.
aristocratbangsawanKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater Melayu yang menggunakan unsur lakonan, muzik, tarian, nyanyian dan lawak serta kelengkapan pentas dalam bentuk set tirai. Secara tradisinya, persembahan bangsawan tidak mempunyai skrip dan banyak bergantung pada kebolehan para pelakonnya untuk membawa cerita. Kebiasaannya, kisah dalam bangsawan berkisar tentang raja-raja dan golongan bangsawan. Terdapat juga kisah berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater Parsi (dikenali sebagai wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatanyang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Contoh cerita bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuhdan Bawang Putih Bawang Merah. Sinonimwayang Parsi.
operaoperaKesusasteraanTiadaBentuk persembahan teater atau drama yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog yang berasal daripada tragedi yang didikirkan. Persembahan teater ini merupakan suatu percubaan untuk menghidupkan kembali tragedi Yunani klasikal yang amat berpengaruh. Perkembangannya juga didorong oleh bentuk persembahan masque. Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-17, opera merupakan hiburan khas istana dan akademik (pusat pengajian tinggi). Pada tahun 1637, pelancaran dan perasmian Opera House di Venice membuka opera kepada tontonan orang ramai. Opera kemudian berkembang di seluruh Eropah dengan sumbangan Richard Wagner (1813-1883) di Jerman. Opera pada masa kini menjadi salah satu bentuk teater utama di Barat dan kepentingannya dibuktikan dengan kewujudan karya besar oleh komposer seperti Mozart, Puccini, Monteverdi dan sebagainya. Antara contoh opera ialah Aida, Madam Butterfly, Don Giovani, Dan Carlos dan Faust. Lihat juga masque.
cabalettacabalettaMuzikTiada1. Muzik tarian yang pendek, melodi dan corak ritmanya tidak kompleks. 1. Aria pendek dan ringkas. 2. Lagu dalam bentuk rondo. 3. Rangkap ulang dalam lagu.
bergamasquebergamasqueMuzikTiadaSejenis muzik tarian dalam meter dupel dari Bergamo, Itali Utara pada awal tahun 1560.Karya untuk gitar, lut, papan nada dan pelbagai ensembel pada abad ke-16 dan abad ke-17. Bergamasque berasaskan satu corak
likaylikayKesusasteraanTiadaTeater tradisi yang merupakan sejenis opera dari Thailand. Bentuk teater ini merupakan persembahan yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog. Kumpulan muzik iringan dikenali sebagai pi phat likay yang melibatkan alat-alat ranat ek (gambang kayu), Khong wong yai (bebeapa biji gong kecil yang disusun dalam bulatan), pi nai (serunai), Klong khaek (sepasang geduk) dan sebiji gendang. Cerita likay merangkumi cerita raja-raja, sejarah, peperangan, cerita klasik, cerita popular dan cerita rakyat.
jikeyjikeyKesusasteraanTiadaTeater rakyat yang dipersembahkan dengan rangkuman (gabungan) unsur muzik, tarian, dan dialog. Teater ini popular di Perlis dan Langkawi. Jikey mempersembahkan cerita tempatan seperti Mahsuri, Awang Kudis Buta, Batu Belah Batu Bertangkup, Naga kepala Tujuh, Bawang Putih Bawang Merah dan Pending Emas Pending Perak. Peralatan muzik jikey mengandungi violin, tamburin, tiga rebana pelbagai saiz, sebuah gong, dan lima pasang cerek yang diperbuat daripada kayu atau buluh.
arjaarjaMuzikTiada

 Dramatari atau opera komedi dari Bali. Arja berasaskan cerita epik seperti Mahabharata, panji dan legenda. Arja melibatkan muzik, tarian dan drama, Melodinya berkait dengan nyanyian puisi yang dikenali sebagai tembang. Ensembel gamelan arja ialah suling, kendhang, rincik, guntang, kempli dan kelentang yang mengiringi dramatari arja.

suitesuiteMuzikTiada

Satu set muzik tarian yang wujud pada Zaman Barok. Suite merupakan sejenis genre instrumental. Terdapat dua jenis suite, iaitu suite Jerman dan suite Perancis. Suite Jerman mengandungi empat tarian dalam susunan seperti allemande, courante, sarabande, tarian pilihan (menuet, bourree, gavotte, passepied, polonaise, rigaudon) dan tamat dengan jig. Suite biasanya bermula dengan satu prelud, sinfonia atau ouvertue. Contohnya, Partitas, BWV 825-830 untuk hapsikord oleh J.S. Bach. Suite Perancis pula merupakan satu set karya yang dibentuk lebih daripada 20 karya pendek dan kebanyakannya berdasarkan ritma tarian. Setiap gerakan mempunyai tajuk khas. Contohnya, Vingt-cinquieme Ordre (1730) oleh Couperin.

sarabandesarabandeMuzikTiada

 Muzik tarian Zaman Barok dalam meter tripel dan bertempo perlahan. Sarabande ialah salah satu tarian dalam suite Zaman Barok. Sarabande muncul pada abad ke-16 di Sepanyol dan di Amerika Latin, dan diperkenalkan di Itali pada awal abad ke-17.

12345678910...

Kembali ke atas