musical comedy | komedi muzikal | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk persembahan teater hiburan yang menggabungkan dialog, muzik, lagu dan tarian. Komedi muzikal menggunakan plot yang romantik dan memasukkan unsur burlesque dan satira. Kejayaan komedi muzikal bergantung pada lagu dan pementasan yang mengkagumkan. Komedi ini berasal daripada voudeville, iaitu bentuk persembahan teater yang bersifat kasar dan riuh rendah. Pada awalnya, komedi muzikal dikenali sebagai opera balada dan opera komik. Bentuk persembahan komedi ini berkembang dan menjadi popular di England dan Amerika pada awal kurun ke-20. Persembahan komedi muzikal yang terkenal ialah Hello Dolly, Fiddler on the Roof, dan My Fair Lady manakala komedi yang terbaharu ialah Cats, Miss Saigon, Les Miserables dan The Beauty and The Beast. Contoh tempatan ialah P. Ramlee: The Musical. Lihat juga burlesque, satira. |
musical comedy | komedi muzikal | Kesenian | Drama dan Teater | Genre persembahan teater hiburan yang menggabungkan dialog, muzik, lagu dan tarian. Komedi muzikal mengutamakan jumlah pelakon yang ramai dan mempunyai elemen koreografi, nyanyian dan korus, daya tarikan fizikal, mempunyai pelakon utama yang memiliki tarikan dan lagu-lagu yang mudah diikut dan diingat. |
musical | muzikal | Kesenian | Drama dan Teater | Seni persembahan teatrikal diiringi muzik yang disampaikan secara berlagu atau puitis terutama untuk bahagian yang dramatik seperti adegan sedih, gembira, bercinta dan bertarung. Contohnya, muzikal Uda dan Darakarya Usman Awang. |
musical | muzikal | Komunikasi | Tiada | Tiada |
musical | muzikal | Kesenian | Tiada | 1. Berkenaan dengan muzik. 2. Pementasan cerita menggunakan nyanyian, tarian dan dialog. |
musical | muzikal | Komunikasi | Tiada | Tiada |
tone | nada; rona | Kesenian | Tiada | 2. Bunyi muzikal 3. Jeda major kedua. 4. Kualiti bunyi. |
resonance | resonans | Teknologi Maklumat | Tiada | Gema yang terhasil akibat pemanjangan atau peningkatan bunyi (akustik), terutamanya nada muzikal yang dihasilkan oleh getaran. Frekuensi resonans pada biola, gitar atau piano misalnya bergantung kepada panjang dan ketegangan tali. Apabila tali gitar dipetik, Jarak gelombang yang akan menghasilkan resonans pada tali gitar misalnya adalah dua kali ganda panjang tali gitar tersebut. |
genre | genre | Kesenian | Drama dan Teater | Pengkategorian karya seni mengikut kriteria tertentu yang berdasarkan bentuk dan olahan pokok persoalan. Dalam seni teater terdapat genre tragedi, komedi dan muzikal. |
dramatic form | bentuk drama | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan yang memperlihatkan ciri-ciri khusus bagi menjelaskan jenis sesebuah drama sama ada berbentuk tragedi, komedi, komedi tragik, melodrama, farsa dan muzikal. |