pameo | pameo | Kesusasteraan | Puisi | Hasil ciptaan penyair yang sarat dengan unsur-unsur atau nada� nada sindiran ataupun ejekan. Sindiran itu diresapkan dalam baris� baris puisi secara tidak langsung, namun kesannya cukup tajam. Contohnya, puisi "Malang Pak Kaduk" dalam Bunga Gerimis. Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai ! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran! Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh,Nyai-is mati oleh tak makan! Masa belayar kematian angin, Sudah dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk! |
tone | nada | Kesusasteraan | Tiada | Perasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan. |
melancholy | sayu | Kesusasteraan | Puisi | Nada atau suasana yang terpancar daripada sesebuah puisi seperti nada murung, hiba dan sayu. Nada dan suasana ini lebih senang ditanggap oleh khalayak pendengar apabila sesebuah puisi yang mengandungi unsur-unsur tersebut dideklamasikan. Contohnya,dalam puisi '"Hikayat Malim Deman" yang bernada suasana sayu dapat dirasakan dari pantun di bawah. Sinonim melankoli. Ada kain songket permata, Tenun Puteri Galuh Kencana; Ada lain buangkan beta, Kerana beta dagang yang hina. |
tone | nada | Kesusasteraan | Puisi | Tinggi atau rendahnya tekanan suara. Nada digunakan apabila membicarakan sikap penyair terhadap objek yang dijadikan tumpuan perhatiannya. Oleh itu, di dalamnya tergambar suasana hati penyair. Nada terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah melankolik, patriotik, prates, romantik dan sinis. Jenis� jenis ini ditentukan oleh sifat suasana hati penyair yang timbul daripada cara penggunaan gaya bahasanya atau pemilihan kata� kata. |
Bekesy audiometry | audiometri Bekesy | Sains Kesihatan | Tiada | Audiometri automatik yang menggunakan nada selanjar dan nada denyutan masalah pada sistem auditori. |
intonation | intonasi | Kesusasteraan | Tiada | Perubahan nada suara semasa ujaran atau bercakap. Nada suara ini memperlihatkan sikap pengucap, seperti menyindir, marah dan hairan. Intonasi membezakn sesuatu ujaran itu sama ada pernyataan atau persoalan. Contohnya, pernyataan biasa seperti �kami akan pulang� boleh dijadikan sesuatu soalan dengan mengubah nada suara daripada rendah kepada tinggi. Intonasi banyak digunakan dalam deklamasi sajak, membaca gurindam dan syair. |
key | nada | Kesenian | Tiada | Bahagian pada alat muzik yang memainkan peranan melodi yang menunjukkan penentuan ketetapan nada tertentu. |
sensation level | aras penderiaan | Sains Kesihatan | Tiada | Aras nada yang melebihi kepekaan individu terhadap nada tersebut. |
art ballad | balada seni | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romanentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romatis dan memntang penjajahan Sepanyol.ceritaannya dari semasa ke semasa. . attis dan memperlihatkan ciri penciptaan seni yang tinggi, sama ada dari segi kekuatan isi mahupun nilai kehalusan sastera. Umumnya, pengarang balada seni terdiri daripada seniman yang terkenal dan ternama serta memiliki bakat kepengarangan yang tinggi. Dari segi struktur karya, balada seni memperlihatkan suatu pembaharuan daripada balada rakyat yang wujud dalam tradisi lisan. Penghasilan balada seni dibuat melalui penelitian yang mendalam terhadap corak rima dan stanza yang baharu berbanding dengan balada rakyat. Unsur ketinggian seni dalam balada seni dapat dikesan dari segi pemilihan bahasa yang kaya dengan nilai estetik, di samping kekuatan dari segi isi, teknik dan sebagainya. Balada ini dikenali juga sebagai balada sastera. |
hoarseness | keserakan | Sains Kesihatan | Tiada | Kualiti suara yang terganggu disebabkan korda yang tidak rapat dengan optimum. Kualiti suara ini dicirikan oleh tahap nada yang rendah dan lingkungan nada yang terhad. |