Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.di] | نادي

Definisi : 1. denyutan tetap pd arteri disebabkan oleh kontraksi jantung, biasanya boleh dirasa di pergelangan tangan: gerak ~nya semakin cepat; 2. = urat ~ pembuluh darah pd per­gelangan tangan (terasa berdenyut-denyut); 3. = urat ~ ki unsur atau faktor yg menjadi asas atau penggerak utama kpd sesuatu (kegiatan, pergerakan, perkembangan, dll), punca hidup, jiwa: kebanyakan negara membangun turut mengikuti falsafah pem­bangunan yg berteraskan sektor perkilangan sbg ~ pembangunan; masjid itu dlm erti kata sebenarnya menjadi jantung dan ~ perkumpulan itu; batang ~ pembuluh darah yg besar; pembuluh ~ pembuluh darah dr jantung; tinggal ~ prb perihal orang yg sakit tenat; bernadi ada nadi, berdenyut nadi; dia sudah tidak ~ lagi sudah mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.di] | نادي

Definisi : 1 denyutan pd salur darah ketika darah dipam oleh jantung. 2 = urat ~ salur darah yg berdenyut-denyut (pd pergelangan tangan dsb) ketika darah dr jantung dipam ke seluruh tubuh. 3 pergelangan tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nadi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pulse deficitdefisit nadiKejururawatanTiadaJurang perbezaan antara nadi apeks yang lebih tinggi daripada nadi radius.
pulse sitestapak nadiKejururawatanTiadaTempat nadi dapat dirasa seperti di temporal, karotid, apikal, brakial, femoral, radial, popliteal dan dorsalis pedis.
pulse oximeteroksimeter nadiKejururawatanTiadaAlat yang digunakan untuk menyukat ketepuan oksigen dalam hemoglobin darah.
pulse pressuretekanan nadiKejururawatanTiadaPerbezaan tekanan darah sistolik dan tekanan diastolik arteri.
atrial fibrillationfibrilasi atriumKejururawatanTiadaKeadaan aritmia yang dicirikan oleh kadar denyutan nadi yang cepat dan tidak teratur kerana gangguan pada nodus sinoatrium.
dyingnazakKejururawatanTiadaPerihal saat akhir hayat seseorang yang ditandai oleh tekanan darah semakin menurun, denyut nadi semakin lemah, dan pernafasan semakin cetek.
cardiac arrestjantung terhentiKejururawatanTiadaPengepaman jantung berhenti secara mengejut yang dicirikan oleh ketiadaan tekanan darah dan nadi. Ia berlaku akibat fibrilasi ventrikel dan asistole.
shi�r ?l-f?khrshi�r ?l-f?khrKesusasteraanTiadaPuisi Arab yang bertemakan kebanggaan. Puisi ini menjadi nadi kesusasteraan Arab klasik. Menurut sebahagian pengkritik sastera, tema puisi ini merentasi tema yang lain seperti shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-f?khr berbeza dengan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Melalui Shi�r ?l-f?khr, seseorang penyair merakamkan kelebihan peribadi dan komuniti masyarakat yang diwakilinya dengan penuh kebanggaan, sedangkan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?� merupakan tradisi penyair yang mencari habuan dengan menyanjung individu tertentu dan mencela orang lain. Pada zaman ini, menjadi fitrah atau tabii bagi kabilah Arab mengangkat kedudukan kabilah masing-masing. Contohnya ialah kebanggaan Hatim al-Ta�i, seorang sasterawan Jahiliah terhadap kemuliaan peribadi dan sikap pemurahnya sendiri. Pada zaman Islam dan seterusnya, kebanyakan penyair Islam dan al-muwalladun (penyair bukan Arab yang dilahirkan di rantau Arab) telah menghasilkan shi�r ?l-f?khr yang dibuat-buat, tidak seperti pada zaman Jahiliah. Fenomena ini berpunca daripada faktor perbezaan fahaman politik dan parti antara satu golongan dengan golongan yang lain. Oleh yang demikian, shi�r ?l-f?khr pada zaman ini mengandungi mesej shi�r ?l-hij?�. Antara pencipta shi�r ?l-f?khr ialah Imru�al-Qays (Diwan, zaman Jahiliah) dan Abdullah ibn Amir (Diwan, zaman awal Islam). Lihat juga shi`r ?l-?am?s?h, shi`r ?l-m?d?.
objective datadata objektifKejururawatanTiadaMaklumat yang dapat dikesan semasa pemeriksaan fizikal pesakit. Contoh, warna kulit, bacaan tekanan darah, denyutan nadi atau kadar pernafasan.
cardiogenic shockrenjatan kardiogenikKejururawatanTiadaKemerosotan fungsi pengepaman ventrikel kiri yang teruk akibat infarksi miokardium, yang dicirikan oleh hipovolemia, hipotensi, nadi yang lemah, kulit berlengas dan keliru.
12

Kembali ke atas