Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.hu]/[na.hu] | نحو

Definisi : cabang ilmu linguistik yg berkaitan dgn sintaksis, morfologi, dsb, tatabahasa; ~ bentuk nahu yg mengkaji bentuk kata dan kata-kata terbitannya, morfologi; ~ huraian nahu yg mengkaji bahasa dlm penggunaan yg sebenarnya (pd lapisan masyarakat yg ber­lainan, membandingkan yg formal dgn yg tidak, yg baku dgn yg tidak, yg bertulis dgn yg digunakan dlm percakapan dll) dlm rangka ilmu bahasa; ~ sarwajagat pengkajian bahasa secara umum (tidak terhad kpd sesuatu bahasa sahaja); ilmu ~ ilmu jalan bahasa (penyusunan kata dan ayat); nahuan bkn atau berkaitan dgn nahu: rangkai kata nahu yg hanya menerbitkan makna ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.hu]/[na.hu] | نحو

Definisi : pengetahuan atau pelajaran ttg pembentukan kata dan penyusunan ayat; tatabahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nahu (kata nama)
Bersinonim dengan tatabahasa.


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
narrative grammarnahu naratifKesusasteraanTiadaSuatu urutan unsur naratif yang dihubungkait dengan hukum atau peraturan yang khusus untuk sesuatu kumpulan naratif yang tertentu. Nahu naratif mentertibkan penjanaan naratif melalui penggunaan hukum penerbitan naratif dari tahap dasar (struktur dalaman) ke tahap permukaan (struktur atas) atau tahap pelahiran ujaran. Konsep nahu naratif amat mirip dengan pemikiran struktural-linguistik. Konsep ini cuba menjelaskan aspek sintaks dan semantik sesebuah plot, dan unsur struktur dalaman naratif (struktur makro) dan pelahirannya. Konsep nahu naratif amat relevan untuk menjelaskan proses penjanaan atau kelahiran naratif dalam sastera rakyat atau lisan. Idea tentang nahu naratif ini pernah dikemukakan oleh Parry-Lord dalam teorinya tentang penjanaan naratif lisan yang disebut sebagai �Oral-Formulaic Theory�. Dalam teori Parry-Lord, nahu naratif disebut sebagai �Grammar of Poetry�. Berdasarkan teori Parry-Lord, seseorang pencerita tidak pernah menghafal keseluruhan teksnya secara verbatim, tetapi pencerita hanya mempunyai suatu skema atau rangka plot yang dirimbunkan tahap demi tahap melalui siratan tema, motif, formula dan alat stailistik. Dalam sastera lisan, penciptaan demikian disebut sebagai penciptaan skematik dengan gaya �Adding Style�. Seterusnya konsep nahu naratif dikembangkan oleh Colby dan Coles untuk menunjukkan tahap penjanaan cerita rakyat (mitos suku kaum Ixil). Berdasarkan analisisnya terhadap unit naratif yang disebutnya sebagai �Eidon�, Colby dan Coles merajahkan perkembangan tahap naratif daristruktur dalaman hingga ke tahap struktur permukaan (struktur ujaran), sama seperti penjanaan sebuah ayat dalam nahu generatif. Perkembangan cerita mengikut konsep skematik atau �Eidon� ini dapat dianalogikan dengan perkembangan sebuah ayat menurut Nahu Generatif Transformasi. Idea mahu generatif dalam linguistik ini amat berguna untuk menghuraikan penjanaan naratif dalam sastera lisan.
idiolectidiolekKesusasteraanTiadaVariasi bahasa yang digunakan oleh seseorang individu. Aspek bahasa yang digunakan adalah dari segi perbendaharaan, gaya, sebutan, nahu dan sebagainya. Bahasa yang digunakan berbeza antara satu sama lain. Sama seperti penggunaan cap jari yang membolehkan seseorang dikenal pasti, idiolek dikatakan sebagai �cap suara� yang menyerlahkan keunikan seseorang. Idiolek berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �gabungan antara peribadi dengan bercakap�.
poetic licenselesen puitisKesusasteraanTiadaKebebasan yang diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya. Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Pengkarya bebas menghasilkan karya mengikut acuan sendiri, sekalipun bertentangan dengan konsep karya penulis lain. Biasanya, lesen puitis lebih banyak melibatkan penyair daripada cerpenis dan novelis.
foregroundingpendepananKesusasteraanTiadaKaedah untuk menonjolkan sesuatu unsur atau ciri teks sastera dengan cara yang sangat ketara, berbanding unsur atau ciri yang lain. Pendepanan dicapai melalui penyimpangan dan ulangan. Penyimpanan dilakukan melalui pelanggaran norma bahasa, sama ada dari segi nahu atau makna. Ulangan pula muncul apabila pola linguistik seperti bunyi dan sintaks berlaku dengan lebih kerap berbanding penggunaan biasa. Ulangan seperti ini mampu menarik perhatian pembaca sebagai suatu keadaan yang tidak lazim.
stream of consciousnessaliran kesedaranKesusasteraanTiadaTeknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakan pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalam Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dalam karyanya To the Lighthouse pula mementingkan ulangan imej dominan dalam memerikan lapisan dalaman watak untuk menimbulkan pada puitis. Frasa stream of consciousness dicipta oleh Willian James dalam bukunya Principles of Psychology (1890). Teknik ini dipelopori oleh Dorothy Richardson dalam novelnya yang berjumlah 12 jilid berjudul Pilgrimage (1915-1967), dan oleh James Joyce dalam Ulysses (1922). Teknik ini dimantapkan lagi oleh Virginia Woolf dalam Mrs. Dalloway (1925) dan oleh William Faulkner dalam The Sound and the Fury (1928). Contoh penggunaan teknik aliran kesedaran dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam cerpen �Igau� oleh Shahnon Ahmad. Dalam cerpen ini, Shahnon merakamkan perasaan dan pemikiran watak protagonis untuk mendedahkan rasa keterasingan, kesunyian, dan ketidaktentuan semasa di perantauan. Istilah ini dikenali juga sebagai arus kesedaran.
functionfungsiKesusasteraanTiadaAksi yang dilakukan oleh watak tertentu yang signifikan dengan perjalanan plot sesebuah cerita rakyat. Konsep fungsi diperkenalkan oleh V.Propp (1968) dalam kajiannya tentang cerita pari-pari dari Rusia. Dalam analisis plot yang dilakukan terhadap 100 buah cerita pari-pari tersebut. Propp menjumpai sebanyak 31 fungsi yang wujud dalam suatu urutan yang stabil dan tertib. Berdasarkan pola plot tersebut, Propp berjaya menunjukkan bahawa semua cerita pari-pari dapat dikategorikan di bawah atau tipologi. Analisis Propp menunjukkan bahawa fungsi bersifat generatif, sama seperti nahu yang dapat menjana ayat. Konsep fungsi yang memungkinkan wujudnya mahu naratif yang dapat digunakan untuk menjana sesebuah cerita. Konsep penciptaan itu disebut sebagai penciptaan skematik yang menjadi gaya khusus ciptaan teks lisan. Lihat juga tipa, tipologi sastera.

Kembali ke atas