Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.lu.ri] | نلوري

Definisi : 1. desakan hati utk melaksanakan sesuatu, tabiat semula jadi: keinginan mahu tahu adalah suatu ~; 2. ark adat yg diwarisi turun-temurun, tradisi; kenalurian keadaan naluri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.lu.ri] | نلوري

Definisi : tabiat yg menjadi pembawaan; dorongan hati yg menggerakkan seseorang utk berbuat sesuatu: Sekalian binatang mempunyai ~ utk makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naluri (kata nama)
Bersinonim dengan gerak hati, rasa, rasa-rasa, perasaan, dorongan hati, gesaan hati, garisah, firasat, intuisi.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
survival instinctnaluri kelangsungan hidupUmumTiadaNaluri manusia atau haiwan untuk melakukan sesuatu apabila berada dalam keadaan berbahaya bagi mencegah daripada berlaku kemudaratan atau kematian.
instinctnaluriKesusasteraanTiadaGerak balas semula jadi yang mendorong individu melakukan sesuatu.
ego instinctnaluri egoPerubatanPsikiatriPerasaan yang berkaitan dengan pengalaman sedar individu yang mengawal pemikiran, perancangan dan keputusan.
anaphrodisiacanafrodisiakHerbaFitoterapiBahan yang berupaya mengurangkan atau menghapuskan naluri keinginan seks.
mirror phasefasa cerminanKesusasteraanTiadaProses pengenalan dan pengertian diri dalam kajian mengenai ego. Pada tahun 1950-1960, seorang pengkritik Perancis Jacques Lacan menyarankan suatu teori strukturalisme yang dipengaruhi teori linguistik Ferdinand de Sausure untuk tujuan kaedah psikoanalitik. Konsep ini timbul hasil daripada uji kaji yang membandingkan reaksi antara kanak-kanak dengan beruk apabila melihat imej sendiri dalam cermin. Hal ini mencetuskan pandangan tentang proses yang dilalui seorang kanak-kanak yang belum dipengaruhi orang lain, yakni belum pandai menggunakan bahasa, mula mengenali diri serta mengerti konsep diri. Kanak-kanak menjalani kehidupannya berpandukan naluri, persepsi, dan ikatan pertalian yang bersepihan. Identiti diri yang terbentuk pada tahap pembesaran ini merupakan identiti bersifat khayalan yang dinamai tahap cerminan. Seterusnya, kanak-kanak akan berasakan bahawa dia dan ibunya adalah sama akibat ikatan simbiotik antara mereka. Ikatan ini seterusnya membentuk rasa bersatu narsisis palsu (a false narcissistic sense of unity). Nafsu dan naluri kanak-kanak adalah untuk ibunya. Persepsi dan fantasi narsisis tersebut membuatkan seseorang kanak-kanak bersikap ego. Oleh sebab ego terbentuk melalui persepsi dan fantasi narsisis, ego dikatakan asing daripada naluri bawah sedar dan pengaruh bahasa. Oleh itu, sebelum bahasa memberikan konsep �saya� pada kanak-kanak, mereka belum lagi mengenali atau mengerti konsep diri mereka sendiri.
gothic romancenovel gotikKesusasteraanTiadaNovel tentang tema seram dan suspens. Dalam sastera Barat, latar masa bagi fiksyen ini adalah pada zaman Medieval. Latar tempatnya pula berkisar tentang istana suram, kurungan bawah tanah dan sebagainya. Pengarang novel gotik menggunakan penjelmaan hantu dan kejadian ghaib untuk mengembangkan plot. Pengarang menimbulkan perasaan takut terhadap para pembacanya dengan mengeksploitasikan misteri, kekejaman, dan kejadian yang menggerunkan. Jenis fiksyen ini dipelopori oleh Horace Walpole dalam karyanya the Castle of Otranto. Kemudian, istilah novel gotik ini diperluaskan merangkumi fiksyen yang tidak menggunakan latar Medieval tetapi masih mengekalkan unsur seram, ghaib dan menggerunkan. Contoh seperti ini ditemui dalam karya Edgar Alan Poe dan Willain Faulkner. Sumbangan utama novel gotik terhadap dunia fiksyen adalah membuka ruang untuk pemaparan dimensi tidak rasional dan naluri ganjil yang hadir di sebalik tingkah laku watak yang kelihatan sopan dan bertamadun. Lihat juga gotik.

Kembali ke atas