visible export | eksport nampak | Ekonomi | Tiada | Eksport barang dagangan yang boleh dilihat dan disentuh. Eksport nampak termasuk getah, minyak kelapa sawit, dan komponen barang elektrik dan elektronik. |
visible spectrophotometry | spektrofotometri nampak | Herba | Tiada | Kaedah analisis berdasarkan pengukuran keamatan warna suatu komponen kimia dalam bahan herba. Kaedah ini menentukan kandungan komponen kimia yang dapat menyerap sinaran nampak pada panjang gelombang antara 400 nm - 800 nm dan digunakan untuk mengawal kualiti bahan mentah dan produk herba. Contohnya assai kandungan sennosida B dalam daun senamaki dan ujian kuasa pewarnaan rosel. Sinonim kolorimetri. |
invisible export | eksport tak nampak | Ekonomi | Tiada | Eksport perkhidmatan, seperti perkhidmatan perkapalan, penerbangan, pelancongan, dan insurans. |
paradox | paradoks | Kesusasteraan | Tiada | Pernyataan yang nampak bercanggah atau tidak masuk akal, tetapi sebenarnya munasabah. Paradoks sering digunakan oleh pengarang dan penyair serta merupakan alat utama dalam puisi metafizik dan keagamaan. Penggunaannya sebagai salah satu cara untuk menyatakan ketakjuban dalam agama Kristian yang melampaui akal dan logik manusia. Contohnya, pemerian tuhan dalam karya Paradise Lost oleh Milton, iaitu �Dark with excessive bright thy skirts appear�. Paradoks dikembangkan penggunaannya oleh pengikut Kritikan Baru untuk menunjukkan penyimpangan daripada kebiasaan yang mengejutkan. Paradoks yang mencantumkan dua perkataan yang bertentangan disebut sebagai oksimoron. Contohnya, ungkapan seperti loving hate dan pleasing pain. Lihat juga kritikan baru, oksimoron, puisi metafizikal. |
photometric titration | titratan fotometeri | Kimia | Kimia Analisis | Teknik titratan yang menggunakan perubahan serapan sinaran nampak atau ultralembayung sebagai asas untuk menentukan takat akhirnya. |
photometer | fotometer | Kimia | Kimia Analisis | Alat yang digunakan untuk mengukur keamatan cahaya atau sinaran elektromagnet dalam daerah nampak. Alat ini terdiri daripada sumber sinaran, pengawal panjang gelombang dan pengesan keamatan cahaya. |
scintillation detector | pengesan sintilasi | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Pengesan sinaran yang menggunakan bahan kimia yang menghasilkan cahaya nampak apabila terdedah kepada sinaran pengionan. Kuantiti cahaya adalah berkadaran dengan jumlah sinaran yang terdedah kepadanya. |
cross hair | penenang; rambut silang; benang silang (KEJ) | Kejuruteraan | Tiada | 1. Garis penunjuk lurus yang mengufuk atau tegak, yang menetapkan garis nampak pada teleskop ukur.,untuk menunjukkan titik pada paparan yang koordinatnya dikehendaki. |
cross hair | penenang; rambut silang; benang silang (KEJ) | Pertanian | Tiada | 1. Garis penunjuk lurus yang mengufuk atau tegak, yang menetapkan garis nampak pada teleskop ukur. |
atomic absorption spectroscopy | spektroskopi penyerapan atom | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah analisis bagi penentuan kuantitatif unsur. Kaedah ini berdasarkan penyerapan cahaya ultralembayung atau cahaya nampak oleh atom dalam keadaan gas. Dalam kaedah ini sampel ditukarkan kepada bentuk wap dengan menyebarkan larutan ke dalam nyalaan. Punca cahaya yang digunakan terdiri daripada lampu katod berongga yang mengandungi unsur itu yang atom unsur ini akan menyerap secara presis pada panjang gelombang yang dipancarkan oleh punca cahaya tersebut. |