pus | nanah | Kejururawatan | Tiada | Cecair pekat kekuning-kuningan atau kehijau-hijauan terbentuk pada tapak jangkitan. Nanah terdiri daripada sel-sel darah putih yang sudah mati, bakteria hidup dan mati dan serpihan-serpihan tisu yang telah mati. |
empyema | empiema | Herba | Fitoterapi | Pengumpulan nanah di ruang antara paru-paru dengan permukaan dalaman dinding toraks. Ruang ini dikenali sebagai ruang pleura. |
empyema | empiema | Kejururawatan | Tiada | Pengumpulan nanah dalam kaviti pleura, biasanya akibat jangkitan dalam paru-paru atau dalam ruang di bawah diafragma. Sinonim: pyothorax. |
abscess | absess | Kejururawatan | Tiada | Pengumpulan nanah setempat dalam sesuatu kaviti yang terbentuk oleh tisu yang musnah. |
suppuration | pernanahan/supurasi | Kejururawatan | Tiada | Proses pembentukan nanah dan kematian tisu yang terlibat. |
pyogenic | piogenik | Kejururawatan | Tiada | Berkaitan dengan sesuatu yang menghasilkan nanah. |
purulent | bernanah/purulen | Kejururawatan | Tiada | Perihal bendalir yang mengandungi nanah. |
impetigo | impetigo | Herba | Fitoterapi | Radang kulit yang teruk dan mudah berjangkit disebabkan oleh jangkitan bakteria. Impetigo dicirikan oleh nanah dan keruping. |
thoracentesis | torasentesis | Kejururawatan | Tiada | Penusukan sebahagian trokar dan kanula ke dalam kaviti pleura melalui dinding dada untuk mengeluarkan cecair, darah, nanah dan udara. |
enclosed rhyme | rima berpeluk | Kesusasteraan | Puisi | Bunyi suku kata akhir puisi empat baris serangkap. Baris pertamanya berima atau sama bunyi dengan baris keempat, dan baris keduanya sama bunyi dengan baris ketiga. Contohnya, susunan rima a b b a. Dari darah, dari nanah yang punah di tanah, Rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata, Hasil manusia gila perang membunuh mesra, Bunga merah berkembang indah minta disembah. |