nyatuh | nyatuh | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Pauteria spp. dan Planchonella spp. daripada famili Sapotaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk misi, menasi, nangka-nangka, dan nyatuh nangka, dan di Sabah ialah nyatuh laut dan umas-umas. Spesies utamanya ialah Planchonella maingayi, Plan. obovata, dan Pouteria malaccensis. Gubal kayu nyatuh kuning sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih susu atau kuning muda.Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 690 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu sederhana keras dan berat. Kayu ini mudah dikerjakan, dan sukar dikeringkan, mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah dan kadar kecutan yang tinggi. Kayu nyatuh kuning sesuai untuk kerja binaan sederhana, dinding, anak tangga, kayu kumai, dan papan panel. |
jackfruit (Artocarpus integra) | nangka (Artocarpus integra) | Pertanian | Tiada | Tiada |
cauliflory | kauliflori | Herba | Botani dan Bioteknologi | Buah yang dihasilkan pada batang dan dahan. Contohnya, nam-nam (Cynometra cauliflora) dan nangka (Artocarpus heterophyllus). |
monoecious | monoesius | Herba | Botani dan Bioteknologi | Jenis tumbuhan yang mempunyai bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang sama. Kebanyakan pokok adalah jenis monoesius. Contohnya, nangka (Artocarpus heterophyllus) dan durian (Durian zibethinus). |
phytate | fitat | Veterinar | Tiada | Rumput dan dedaun yang diberi makan kepada ternakan ruminan. Bahan ini boleh diberi secara segar atau diawet. Bahan ini merupakan sumber tenaga dan biasanya mengandungi serabut kasar melebihi 18%. Contohnya, rumput, daun kekacang dan daun pokok seperti nangka, ubi kayu dan pisang. Sinonim herbaj. |
recalcitrant seed | biji benih rekalsitran | Herba | Botani dan Bioteknologi | Jenis biji benih yang tidak boleh hidup atau tumbuh setelah kering atau disimpan pada suhu yang rendah. Biji benih jenis ini banyak ditemui dalam spesies tumbuhan tropika dan menimbulkan masalah dalam usaha pemuliharaan. Contohnya, biji nangka, biji rambutan dan biji getah. |
Pathogen | Patogen | Pertanian | Tiada | Organisma atau agen yang menyebabkan penyakit pokok. Jenis patogen ialah kulat, bakteria atau virus. Contohnya virus mosaik tembakau (Tobacco Mozaic Virus –TMV), kulat Coletotrichum gloeosporioides yang menyebabkan penyakit antraknos pada bunga pokok mangga dan penyakit layu Fusarium (layu Panama) oleh kulat Fusarium oxysporum pada pokok nangka. |
pathogen | patogen | Herba | Botani dan Bioteknologi | Organisma atau agen yang menyebabkan penyakit pokok. Jenis patogen ialah kulat, bakteria atau virus. Contohnya, virus mosaik tembakau (Tobacco Mozaic Virus (TMV)) dan kulat Coletotrichum gloeosporioides menyebabkan penyakit antraknos pada bunga pokok mangga dan penyakit layu Fusarium (layu Panama) oleh kulat Fusarium oxysporum pada pokok nangka. |
long-term memory (LTM)) | ingatan jangka panjang (LTM) | Psikologi | Psikologi Umum | Ingatan yang menyimpan banyak maklumat terutamanya yang bermakna dan signifikan dalam kehidupan individu. Maklumat yang tersimpan boleh membantu individu dalam pembelajaran, menyesuaikan diri dengan persekitaran dan membina identiti diri serta peribadi. Maklumat boleh disimpan mengikut semantik berkategori. Contohnya, nama seperti durian, nangka, ciku, rambutan, pulasan dan sebagainya boleh disimpan dan diingat di bawah konsep buah. Malah orang yang mengalami cacat ingatan juga boleh mengingati konsep buah sekalipun sukar menamakan buah tersebut. Sesuatu maklumat juga disimpan dalam bentuk bunyi dan rupa. Dalam fenomena hujung lidah, individu terasa seperti mengingati seseorang individu itu tetapi gagal menamakannya. Namun, bunyi nama individu itu berkemungkinan besar dapat diingat, misalnya jika nama orang itu khalid, nama seakan-akan dengannya seperti Walid, Mulid, Talib, Lid adalah lebih tinggi kemungkinan untuk diingat berbanding nama seperti Adam atau Hashim. |