Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. waktu yg akan datang, masa ke­mudian, kelak: bila hari raya ~, pulanglah ke kampung; dia akan sampai pd pukul 1.30 ~; 2. akan, bakal, tentu: kalau engkau adu­kan perkara itu kpd polis, ~ heboh sedunia; 3. jika tidak begitu, seandainya tidak: baik engkau dengar nasihatku, ~ engkau me­nyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 waktu yg akan datang; kemudian; kelak: Apabila saya besar ~, saya hendak menjadi doktor. 2 kalau tidak; jika tidak: Baik engkau pergi sekarang juga, ~ ketinggalan bas. 3 tentu; nescaya: ~ marah ia kalau engkau tidak meminta maaf kpdnya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nanti I

Puisi
 

Rumah buruk pintu sembilan,
     Nanti roboh tidakkan roboh;
Laksana pungguk rindukan bulan,
     Nanti jatuh tidakkan jatuh.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Kubur kata mari,
     rumah kata nanti.

Bermaksud :

Orang yang sudah lanjut usianya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbal pilot plantloji perintis herbaHerbaTiadaLoji industri herba berskala kecil yang dirancang dan dibina untuk mendapatkan pengalaman, data dan maklumat bagi mengendalikan loji sebenar nanti. Contohnya, loji perintis untuk pengekstrakan herba. Sinonim loji pandu herba.
puisi lagupuisi laguKesusasteraanPuisiPuisi yang dihasilkan dengan gaya dan amanat yang bersahaja, tidak berlebih-lebihan dan mudah dihayati oleh khalayak. Contohnya, petikan puisi "Pak Utih (2)" karya Usman Awang di bawah. Pak Utih punya sepuluh cucu Ditimangnya tiap pagi Dinyanyikannya lagu; timang tinggi-tinggi dapur tak berasap bila besar nanti duduk dalam lokap.
preliminary conventionkonvensi awalSains PolitikPolitik PerbandinganPersidangan yang diadakan sebagai persediaan dan pengemasan kerja sebelum persidangan utama diadakan oleh sesebuah pertubuhan khususnya parti politik. Persidangan awal ini sering menampilkan perbincangan agenda dalam persidangan utama kelak, mesyuarat bagi lembaga pengarah atau ketua-ketua negeri atau Exco tertinggi dan perbincangan mengenai perbelanjaan persidangan serta jadual kerja untuk persidangan ulama nanti. Persidangan awal ini dihadiri oleh perwakilan atau ahli jawatankuasa yang terpilih sahaja dan tidak menjemput semua ahli biasa. Contohnya, Parti Demokratik Amerika Syarikat peringkat negeri akan mengadakan konvensi awal ini menjelang persidangan tahunan parti tersebut. Sinonim persediaan awal.
presidential primaryprimari presidenSains PolitikPolitik PerbandinganPersidangan peringkat bawahan dan atasan sesebuah parti yang diamalkan di Amerika Syarikat. Persidangan ini diadakan untuk memilih perwakilan yang akan mengundi calon presiden dari parti tersebut yang bertanding dalam pilihan raya presiden di peringkat pusat. Persidangan berlangsung di peringkat bahagian atau wilayah yang lebih kecil dengan anggota partinya berhimpun dan memilih wakil-wakil yang akan pergi mengundi nanti. Perwakilan ini bebas memilih sesiapa sahaja walaupun dari kawasan lain. Sistem primari ini memperlihatkan pemilihan calon parti dari bawah dan bukannya dari peringkat kepimpinan tertinggi parti.

Kembali ke atas