Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ra.tif] | ناراتيف

Definisi : 1. cerita atau kisah tentang peristiwa, pengalaman, dll: bolehlah dikatakan bahawa sesuatu ~ spt cerpen, cereka dan sebagainya adalah merupakan hasil drpd prestasi linguistik; 2. yg menceritakan (mengisah­kan): gaya ~nya juga mirip karangan biasa; puisi ~ puisi (sajak) yg mengisahkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata naratif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
narrative grammarnahu naratifKesusasteraanTiadaSuatu urutan unsur naratif yang dihubungkait dengan hukum atau peraturan yang khusus untuk sesuatu kumpulan naratif yang tertentu. Nahu naratif mentertibkan penjanaan naratif melalui penggunaan hukum penerbitan naratif dari tahap dasar (struktur dalaman) ke tahap permukaan (struktur atas) atau tahap pelahiran ujaran. Konsep nahu naratif amat mirip dengan pemikiran struktural-linguistik. Konsep ini cuba menjelaskan aspek sintaks dan semantik sesebuah plot, dan unsur struktur dalaman naratif (struktur makro) dan pelahirannya. Konsep nahu naratif amat relevan untuk menjelaskan proses penjanaan atau kelahiran naratif dalam sastera rakyat atau lisan. Idea tentang nahu naratif ini pernah dikemukakan oleh Parry-Lord dalam teorinya tentang penjanaan naratif lisan yang disebut sebagai �Oral-Formulaic Theory�. Dalam teori Parry-Lord, nahu naratif disebut sebagai �Grammar of Poetry�. Berdasarkan teori Parry-Lord, seseorang pencerita tidak pernah menghafal keseluruhan teksnya secara verbatim, tetapi pencerita hanya mempunyai suatu skema atau rangka plot yang dirimbunkan tahap demi tahap melalui siratan tema, motif, formula dan alat stailistik. Dalam sastera lisan, penciptaan demikian disebut sebagai penciptaan skematik dengan gaya �Adding Style�. Seterusnya konsep nahu naratif dikembangkan oleh Colby dan Coles untuk menunjukkan tahap penjanaan cerita rakyat (mitos suku kaum Ixil). Berdasarkan analisisnya terhadap unit naratif yang disebutnya sebagai �Eidon�, Colby dan Coles merajahkan perkembangan tahap naratif daristruktur dalaman hingga ke tahap struktur permukaan (struktur ujaran), sama seperti penjanaan sebuah ayat dalam nahu generatif. Perkembangan cerita mengikut konsep skematik atau �Eidon� ini dapat dianalogikan dengan perkembangan sebuah ayat menurut Nahu Generatif Transformasi. Idea mahu generatif dalam linguistik ini amat berguna untuk menghuraikan penjanaan naratif dalam sastera lisan.
coloured narrativenaratif sendengKesusasteraanTiadaNaratif yang menunjukkan pertuturan watak dalam cerita tanpa menggunakan percakapan langsung atau percakapan tidak langsung. Naratif ini diwarnai oleh penyusunan rangkai kata watak dalam cerita. Naratif sendeng diekploitasikan untuk tujuan ironis. Namun, adalah sukar untuk membezakan antara suara watak dengan suara pencerita sekiranya loghat mereka sama. Naratif sendeng terdapat dalam novel Pride and Prejudice dan Emma oleh Jane Austen.
narrative poetrypuisi naratifKesusasteraanTiadaPuisi yang mengandungi cerita atau sebuah cerita yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi naratif biasanya ditulis secara panjang dan berangkap. Setiap rangkap saling berkaitan sebagai sebuah cerita. Berbanding dengan bentuk prosa, pemaparan cerita dalam puisi naratif mengandungi nilai keindahannya yang tersendiri, khususnya apabila dibacakan secara lisan. Antara bentuk puisi naratif yang biasa ialah epik dan balada. Dalam kesusasteran Melayu tradisional, puisi naratif banyak terdapat dalam bentuk syair, antaranya Syair Siti Zubaidah, Syair Perang Mengkasar, atau Syair Yatim Nestapa. Dalam sastera Arab, puisi naratif ditemui dalam puisi-prosa Sirah �Antarah dan al-Zir Salim. Dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada karya Shah-nama oleh Daqiqi dan Zafar-nama oleh Hamdu�Llah Mustawfi.
slave narrativenaratif hambaKesusasteraanTiadaNaratif yang mengisahkan riwayat hidup yang ditulis oleh seorang hamba abdi yang telah dimerdekakan. Riwayat yang ditulis adalah mengenai kisah dan pengalamannya sebagai seorang hamba. Naratif hamba diibaratkan sebagai suatu jenis karya autobiografi yang bertemakan pemansuhan pengabdiaan yang muncul sebelum Perang Saudara Amerika Syarikat. Contoh naratif hamba: Narrative of hte Life of Frederick Douglas.
narrative structureSuara naratifKesusasteraanTiadaStruktur dalam karya sastera yang melibatkan keseluruhan aspek susunan, aturan, gubahan, atau rangkaian yang membina karya sastera itu, sama ada dari aspek luaran atau dalaman. Aspek luaran termasuklah plot dan hubung kaitnya dengan unsur-unsur bahasa, watak, dan imej yang digunakan. Aspek dalaman pula meliputi isi atau makna dan hubung kaitnya dengan kesan keindahan karya. Dengan kata lain, struktur naratif meliputi keseluruhan hubungan atau rangkaian yang membina sesebuah karya naratif. Setiap karya mempunyai struktur naratifnya yang tersendiri dan berbeza daripada struktur naratif karya lain. Contohnya, struktur naratif bagi karya sastera bercorak sejarah berbeza daripada struktur naratif karya hikayat lipur lara. Malah, struktur naratif menjadi salah satu asas yang digunakan untuk menggolongkan karya dalam sesuatu genre yang tertentu.
narrative contractkontrak naratifKesusasteraanTiadaBentuk perjanjian atau persetujuan secara bersama antara pencerita dengan audiensnya. Dengan perjanjian atau persetujuan ini, pencerita akan bercerita dan audiens dapat mendengar cerita itu. Pada tahap yang paling asas, kontrak naratif boleh wujud melalui kata-kata seorang ibu kepada anaknya, �Saya akan bercerita seandainya awak bersedia menerima nasihat saya�. Pada tahap yang lebih kompleks, kontrak naratif juga berkaitan dengan norma budaya yang hidup dalam masyarakat. Seorang pencerita tidak boleh bercerita dengan sebebas-bebasnya kerana dia harus terikat dengan tuntutan konvensi pemikiran atau sosiobudaya audiens dalam masyarakatnya.
art balladbalada seniKesusasteraanTiadaBentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romanentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romatis dan memntang penjajahan Sepanyol.ceritaannya dari semasa ke semasa. . attis dan memperlihatkan ciri penciptaan seni yang tinggi, sama ada dari segi kekuatan isi mahupun nilai kehalusan sastera. Umumnya, pengarang balada seni terdiri daripada seniman yang terkenal dan ternama serta memiliki bakat kepengarangan yang tinggi. Dari segi struktur karya, balada seni memperlihatkan suatu pembaharuan daripada balada rakyat yang wujud dalam tradisi lisan. Penghasilan balada seni dibuat melalui penelitian yang mendalam terhadap corak rima dan stanza yang baharu berbanding dengan balada rakyat. Unsur ketinggian seni dalam balada seni dapat dikesan dari segi pemilihan bahasa yang kaya dengan nilai estetik, di samping kekuatan dari segi isi, teknik dan sebagainya. Balada ini dikenali juga sebagai balada sastera.
memoratmemoratKesusasteraanTiadaNaratif lisan yang menyorot kembali pengalaman peribadi seseorang tentang peristiwa sebenar yang berlaku. Biasanya memorat merupakan naratif pendek yang berupa memoir atau cerita ingatan peribadi. Contohnya, cerita pengalaman seram bertemu dengan hantu atau diusik hantu.
art epicepik seniKesusasteraanTiadaNaratif yang mempunyai nilai konvensi dan estetik yang tinggi dan dihasilkan oleh pengarang yang terkenal dengan ketinggian mutu dan daya ciptanya, Naratif epik yang dihasilkan benar-benar memperlihatkan ketinggian nilai dari segi penciptaan karya serta diakui sebagai karya seni yang bermutu. Dari aspek isi, epik seni memaparkan unsur-unsur pemikiran, sejarah dan tamadun budaya sesuatu bangsa. Epik ini mampu menarik perhatian dan dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah dalam kalangan intelektual. Dari aspek seni sastera, epik seni menampilkan ketinggian nilai daya cipta dan kehalusan pengucapan seni, khususnya dari segi penggunaan bahasa. Hal ini berbeza dengan epik rakyat yang lebih bersifat popular dan dicipta untuk tatapan khalayak atau rakyat biasa. Contoh epik seni dalam kesusasteraan Inggeris dapat dilihat dalam karya Milton berjudul Paradise Lost. Lihat juga epik rakyat, epik sastera.
in media resin medias resKesusasteraanTiadaTeknik memulakan cerita di tengah-tengah oleh pengarang dalam naratif. Teknik ini berbeza dengan kebanyakan naratif yang memulakan cerita di permulaan. Teknik ini membolehkan pengarang bergerak ke depan dan menyorot ke belakang cerita untuk memberikan maklumat yang perlu di tempat yang sesuai untuk menyampaikan cerita. Teknik bertujuan untuk menarik perhatian khalayak secara serta-merta, khususnya jika sesuatu peristiwa yang dipersembahkan sangat menarik atau mengejutkan. In medias res digunakan dalam semua genre, tetapi lumrahnya dikaitkan dengan puisi epik. In medias res berasal daripada perkataan Laitn yang bermaksud �di tengah-tengah sesuatu�. Lihat juga epik, imbas kembali.
12345678910...

Kembali ke atas