Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.si.hat] | نصيحت

Definisi : ajaran, petunjuk yg baik, peringatan: tidak mahu mendengar ~ orang tua-tua; menasihati 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sem­bah­yang; 2. mengesyorkan kpd, meng­anjur­kan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan me­minum minuman keras;nasihat-menasihati saling memberi na­sihat: ternyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg berkesan; menasihatkan memberikan sesuatu sbg na­sihat atau sbg tunjuk ajar;penasihat orang yg memberi nasihat (tunjuk ajar dll); ~ ekonomi penasihat tentang pelbagai hal yg berkaitan dgn soal ekonomi; ~ kerjaya pe­­-na­sihat tentang kerjaya; ~ pelaburan orang atau pihak yg memberikan nasihat profesi­onal tentang hal-hal pelaburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.si.hat] | نصيحت

Definisi : ajaran atau petunjuk yg baik; peringatan: Ali itu keras kepala, tidak mahu mendengar ~ orang tuanya. menasihati memberi nasihat (tunjuk ajar dll) kpd: Guru ~nya supaya memulangkan barang yg dicuri itu kpd tuannya. menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar: Dia mengingati apa-apa yg dinasihatkan kpdnya. penasihat orang yg memberi nasihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nasihat (kata nama)
Bersinonim dengan ajaran, peringatan, tunjuk ajar, petua, petunjuk, panduan, tegur ajar, teguran, amaran, pesanan, wejangan;,
Kata Terbitan : menasihati, penasihat,

Puisi
 

Kain berlipat dalam istana,
     Pakaian puteri raja kayangan;
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
     Secubit budi jadi kenangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai mestika embun.

Bermaksud :

Mendengar nasihat yang baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menelan mestika embun).

 

Lihat selanjutnya...(45)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perbilanganperbilanganKesusasteraanTiadaBentuk puisi tradisional seperti peribahasa yang melahirkan kata-kata yang boleh diterima sebagai peraturan undang-undang atau nasihat yang boleh dijadikan panduan. Perbilangan biasanya mempunyai dua, tiga atau lebih banyak perenggan. Setiap barisnya menurunkan satu persatu perkara yang berkaitan dengan nasihat dan pengajaran. Perbilangan biasanya menjadi bahagian penting dalam kata-kata adat dan diterima sebagai undang-undang. Baris-baris perbilangan sering dimasukkan dalam undang-undang adat perpatih. Contohnya adalah seperti yang berikut: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Faham sesuai, benar seukur. Bulat segolek, pipih selayang. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Perbilangan dikenali juga sebagai bidalan atau pepatah. Lihat juga teromba.
epigramepigramKesusasteraanPuisiPuisi yang berupa nasihat atau pengajaran mengenai pelbagai persoalan kehidupan manusia. Biasanya corak puisi seperti ini mempunyai bahasa yang ringkas dan padat.
messageperutusan; pesanan; mesejKesusasteraanTiadaAmanat, nasihat yang harus disampaikan atau dilakukan kepada orang lain.
non compliancetak patuhKejururawatanTiadaMengingkari nasihat terapeutik, seperti tidak patuh pada jadual pengambilan ubat.
aphorismaforismeKesusasteraanTiadaUngkapan ringkas yang mengandungi nasihat, panduan dan sindiran seperti bidalan atau pepatah.
vocational rehabilitationpemulihan vokasionalPerubatanPsikiatriProses bimbingan melalui penilaian, nasihat dan rawatan untuk membantu seseorang yang mempunyai masalah kesihatan agar kekal, kembali dan terus bekerja.
bidalanbidalanKesusasteraanTiadaSusunan kata-kata yang mengandungi unsur nasihat dan peringatan. Contoh: �Untung semangkuk, rugi sebelanga�
virtual health advisorypenasihat kesihatan mayaKesihatan AwamTiadaPerkhidmatan berbentuk nasihat kesihatan (bukan diagnosis atau rawatan pesakit) yang ditawarkan oleh pakar kesihatan keluarga atau pegawai perubatan melalui portal dengan menggunakan telefon bimbit, tablet, komputer riba dan komputer peribadi.
brain trustkumpulan pemikirUmumTiadaSekumpulan pakar yang memberikan khidmat nasihat kepada pihak kerajaan dan organisasi dalam membuat keputusan berkaitan dengan dasar dan isu penting.
didactic poetrypuisi didaktikKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi pemikiran dan unsur nasihat kepada semua lapisari masyarakat sama ada secara langsung atau tidak. Contohnya, seperti pantun di bawah. Pinang muda dibelah dua, Manik-manik mati dirambah: Dari muda sampai tua, Pengajaran baik jangan diubah.
12345

Kembali ke atas