net export | eksport bersih | Ekonomi | Tiada | Nilai semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negeri yang dijual kepada negara asing, dan ditolak nilai semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara asing yang dibeli oleh pemastautin tempatan. |
expatriate | ekspatriat | Pelancongan | Tiada | Individu yang tinggal dan bekerja di negara asing. |
foreign escorted tour | lawatan beriring asing | Pelancongan | Tiada | Lawatan ke negara asing yang diiringi oleh individu yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua program yang dirancang berjalan dengan lancar. |
foreign independent travel | pengembaraan kendiri asing | Pelancongan | Tiada | Lawatan ke negara asing secara bersendirian. |
reexport | eksport semula | Ekonomi | Tiada | Urus niaga perdagangan antarabangsa yang melibatkan pembelian komoditi dari satu negara asing, dan penjualan barang yang sama ke negara lain, tanpa perubahan yang besar dari segi kandungan dan bentuk fizikal. Selalunya aktiviti ini melibatkan perdagangan komoditi seperti bahan mentah, makanan, minuman, dan tekstil. Misalnya, daun teh yang diimport dalam bentuk daun kering kemudiannya dieksport semula dalam bentuk saiz yang kecil atau serbuk halus, yang mudah digunakan untuk membuat minuman. |
debit | debit | Ekonomi | Tiada | 1. Catatan di sebelah kiri akaun T. 2. Debit menunjukkan pengeluaran wang simpanan pemilik akaun dalam bank. Dalam akaun imbangan pembayaran, debit menunjukkan pembayaran dibuat kepada negara asing. Lihat juga kredit. |
resident ambassador | duta residen | Pentadbiran | Tiada | Duta yang ditempatkan secara tetap di negara asing untuk mewakili negara asalnya dan bertanggungjawab dalam memberikan bantuan dan nasihat kepada rakyat negara asal mereka yang tinggal atau bekerja di negara tersebut. |
foreign aid | bantuan asing | Ekonomi | Tiada | Bantuan dalam bentuk modal kewangan atau teknikal daripada sebuah negara kepada negara lain. Bantuan asing biasanya diberi oleh negara maju kepada negara membangun dengan tujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup negara tersebut. Bantuan asing secara umumnya terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bantuan dua hala yang diberikan secara langsung oleh sesebuah negara kepada sesebuah negara lain, dan bantuan berbilang hala yang diberikan kepada institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kewangan Antarabangsa, dan Bank Pembangunan Islam. Institusi kewangan antarabangsa yang menerima bantuan ini akan mengagihkannya kepada negara-negara penerima. |
joint float | apungan bersama | Ekonomi | Tiada | Sistem yang digunakan oleh sekumpulan negara untuk menetapkan kadar pertukaran mata wang sesama mereka. Bagaimanapun kadar pertukaran ini dibenarkan berbeza dalam julat tertentu. Kadar pertukaran mata wang negara kumpulan dengan negara luar dibenarkan fleksibel, dan ditentukan di pasaran pertukaran asing. Sistem ini diamalkan oleh negara-negara Eropah sebaik sahaja sistem Bretton Woods dimansuhkan dalam tahun 1973. |
foreign currency exchange | pertukaran mata wang asing | Pelancongan | Tiada | Kaedah menukar nilai mata wang antara sesebuah negara dengan negara yang lain. |