state | negeri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu wilayah atau kawasan yang wujud dalam sebuah negara persekutuan yang mempunyai sempadan yang jelas, penduduk, kedaulatan dan kerajaan sendiri. Gabungan beberapa negeri ini akan membentuk sebuah negara persekutuan. Kerajaan negeri biasanya mempunyai kuasa autonomi yang tersendiri. Negeri ini juga mempunyai dewan undangan dan pentadbiran sendiri. Terdapat autonomi negeri yang kuat dan dihormati oleh kerajaan pusat seperti negeri-negeri di Amerika Syarikat dan Kanada. Walaupun begitu, terdapat juga autonomi negeri yang lemah dan sering didominasi oleh kerajaan pusat seperti negeri di India. |
vassal-state | negeri Iindungan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negeri yang berada di bawah perlindungan satu kuasa besar. Negeri ini memiliki kerajaan dan pemerintahan sendiri tetapi ikatan dengan kuasa besar meletakkannya dalam kedudukan subordinat dan kedaulatan yang tidak mutlak. Pergerakan negeri ini sentiasa diawasi oleh penaungnya dan ia tidak bebas bertindak seperti negara lain. Contohnya, kedudukan Kedah, Kelantan dan Terengganu pada abad ke-18 di bawah pemerintahan Siam merupakan kedudukan yang bersifat negeri lindungan. |
state executive council | majIis mesyuarat negeri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu badan atau jawatankuasa yang memiliki kuasa eksekutif dalam sesebuah negeri yang mengamalkan sistem negara persekutuan dan demokrasi berparlimen. Anggota majlis ini dilantik daripada kalangan ahli dewan perundangan atau dewan undangan negeri yang menguasai majoriti dewan. Mereka melaksanakan pemerintahan di peringkat negeri seperti yang telah diluluskan oleh dewan undangan negeri dengan mengagih-agihkan portfolio seperti Exco kewangan, pertanian, pendidikan, perumahan, alam sekitar dan sebagainya, sebagaimana tugas anggota kabinet di peringkat pusat. Contohnya, setiap negeri di Malaysia mempunyai majlis mesyuarat negeri masing-masing. |
confederation | pergabungan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pentadbiran kerajaan yang terdiri daripada gabungan beberapa wilayah dalam satu unit politik. Walaupun bergabung, setiap wilayah masih mengekalkan darjah autonomi yang tinggi dalam urusan pentadbirannya. Dalam sistem ini, terdapat dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan pusat hanya bertindak sebagai penyelaras dalam struktur hubungan antara negeri-pusat dan juga antara negeri-negeri. Kerajaan negeri pula menguruskan hal ehwal dalaman. Contohnya, negara Jerman semasa era Wehmier pada abad ke-16 mengamalkan sistem ini. |
Settlement Executive Council of a Settlement | Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selat bagi sebuah Negeri Selat | Undang-undang | Tiada | Tiada |
residual power | kuasa baki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang menjadi milik kerajaan pusat setelah pihak lain tidak menuntutnya. Fenomena ini banyak terjadi dalam negara persekutuan yang membahagikan kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kuasa kerajaan negeri menjadi milik autonomi negeri dan tidak boleh diganggu oleh kerajaan pusat. Sekiranya terdapat bidang kuasa yang tidak tersenarai dalam senarai negeri atau pusat maka ia dikatakan sebagai kuasa baki dan lazimnya menjadi milik kerajaan pusat. Sinonim kuasa residual. |
state authority | pihak berkuasa negeri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang sah dimiliki oleh badan pemerintah sesebuah negara atau negeri. Autoriti ini sah apabila badan tersebut memperolehnya menurut peraturan perlembagaan dan tidak secara rampasan kuasa atau pemberontakan. Autoriti ini membolehkan pemerintah melaksanakan pentadbiran dengan rasmi seperti yang telah diluluskan oIeh badan perundangan. Bagi sistem demokrasi, tempoh autoriti pemerintahan pusat adalah berkala. Apabila penggal atau tempoh pemerintahan tamat, autoriti ini perlu dikembalikan kepada rakyat untuk pemilihan semula. Autoriti ini boleh dilaksanakan oleh agensi kerajaan yang menguruskan pentadbiran negara atau negeri seperti institusi polis, kastam, imigresen, jabatan hasil dan kerajaan tempatan. Sinonim pihak berkuasa negara/autoriti negeri/autoriti negara. |
state authority | autoriti negeri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat pihak berkuasa negeri. |
hexametre | sadmatra | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mempunyai unsur irama yang berpola enam. Pola ini dapat dikesan apabila puisi ini dideklamasikan. Contohnya, puisi "Di Luar Negeri" karya A. Ghafar Ibrahim. Di dalam negeri asyik diselubungi keadaan itu itu di luar negeri kita keluar dari keadaan ini dapat melihat ke dasar masalah tanah air dengan rasa lapang dan sedar. |
lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | Genre sastera rakyat bercorak cerita yang panjang yang mengisahkan keperihalan hidup warga istana. Pada dasarnya, cerita lipur lara ialah cerita fantasi kewiraan yang memerihalkan kehidupan alam kebangsawanan, terutamanya tentang percintaan putera-puteri raja, pengembaraan dan peperangan yang harus dilalui putera raja yang dianggap sebagai wira dalam cerita, untuk mendapat puteri idamannya atau objek pencariannya yang lain. Perjalanan putera raja sering membawanya ke negeri-negeri yang jauh, termasuk dunia kayangan. Dalam perjalanan, putera raja akan bertempur dengn pelbagai makhluk termasuk gergasi, geruda, jin dan peri. Untuk mencapai hajatnya, putera raja mendapat pelbagai bantuan, termasuk alat magis atau sakit. Cerita sentiasa berakhir dengan kemenangan wira dan kejayaannya memiliki puteri yang diimpikan atau memperoleh objek pencariannya. Tujuan cerita adalah untuk menghiburkan hati yang lara. Justeru, karya ini memberikan keutamaan kepada aspek yang dapat menimbulkan keindahan dan kekaguman. Di samping penampilan motif ajaib dan spektakular, cerita ini juga dipenuhi dengan pelbagai hiasan, iaitu istana, taman bunga, rupa paras, pakaian, deskripsi yang rinci dan lewah tentang adat-istiadat dan adab istana. Cerita lipur lara biasanya disampaikan secara lisan oleh seorang tukang cerita (penglipur lara) profesional yang dikenali dengan pelbagai gelaran, contohnya Awang Batil atau Awang Belanga (di Kedah dan Perlis), dan Tarik Selampit atau tok Selampit (di Kelantan). Persembahan tersebut diiringi alat muzik seperti belanga atau selampit. Lipur lara dikenali juga sebagai roman rakyat atau roman istana. Antara cerita lipur lara ialah Hikayat Inderaputera, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Malim Dewa. Lihat juga cerita pari-pari. |