Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[néo] | نيو‌

Definisi : (néo) awalan asing baru, mis neoko­lonialisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neo-


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neo-rationalismneo-rationalismeSeni BinaTiadaPemikiran seni bina dan historisisme mengutamakan kepentingan sosial dan budaya struktur bandar sedia ada - menolak aspek Modenisme dan menggunakan aspek gaya sejarah.
neo-classicismneoklasismeKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang berasaskan ciri-ciri warisan Latin dan Yunani klasik yang dihidupkan semula di Eropah. Gaya penulisan menggunakan ciri-ciri keseimbangan, kesantunan, ketelitian dan kejituan dihidupkan semula di Eropah pada abad ke-17 dan 18. Mengikut peraturannya fungsi puisi adalah untuk pendidikan moral, manakala bentuk puisi perlu terhad kepada bentuk yang tetap seperti kuplet wiraan bagi mencerminkan keadaan manusia yang terhad dan serba kekurangan. Berbanding dengan romantisisme yang dianggap lebih bebas dan ghairah, neoklasisme mewakili sistem nilai yang lebih mengutamakan kewarasan, kejelahan, disiplin dan ketertiban sesuai dengan zaman yang dikenali sebagai Zaman Rasional. Oleh sebab nilai klasik dianggap sudah sempurna, tugas penulisan moden adalah untuk meniru gaya warisan ini. Antara penulis utama neoklasisme ialah Dryden, Pope, Addison, Johnson, goldsmith dan Swift. Lihat juga kuplet wiraan, romantisisme.
neo-colonialismfaham kolonial baruSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman penjajahan baru yang tidak bersifat ketenteraan atau fizikal. Kelazimannya, kolonialisme lebih bersifat penjajahan secara militer lalu memerintah negara tersebut. Penjajahan bentuk baru pula tidak membawa kemasukkan tentera tetapi lebih bersifat penguasaan ekonomi, teknologi, epistemologi dan secara teknologi maklumat. Pada hakikatnya, negara tersebut kelihatan merdeka, tetapi dikuasai oleh negara lain tanpa disedari. Pendekatan pergantungan terhadap negara Amerika Latin pada dekad 1970-an dan 1980-an berlaku apabila Amerika Syarikat kuat mempengaruhi perkembangan ekonomi dan politik negara tersebut yang boleh ditafsir sebagai fahaman kolonial baru.

Kembali ke atas