neutral | neutral | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar tidak memihak kepada mana-mana individu, kelompok, pertubuhan atau negara yang sedang bersaing dengan pihak lain. Konsep ini selalu digunakan untuk merujuk persaingan antara blok timur dan barat dalam era Perang Dingin apabila sebilangan negara sedang membangun mengisytiharkan bahawa mereka tidak memihak kepada blok timur atau barat. Dasar tidak memihak mula dikemukakan oleh Tito (Yugoslavia), Soekarno (Indonesia) dan Nkrumah (Ghana) semasa persidangan awal Pergerakan Negara Tidak Berpihak. Hasilnya, kumpulan negara ini menubuhkan pergerakan yang tidak terikat dengan mana-mana pihak yang digelar sebagai Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). |
neutral omniscience | serba tahu neutral | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sudut pandangan seseorang pengarang yang bersifat neutral dalam sesebuah karya. Walaupun pengarang (pengisah) mempunyai pengetahuan yang luas terhadap cerita dan watak, tetapi pengarang itu bertindak secara neutral tanpa melibatkan pandangan atau memberikan komen peribadi terhadap peristiwa atau pemikiran para watak. |
neutral territory | wilayah neutral | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat wilayah berkecuali. |
neutral evolution | evolusi neutral | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |
neutral mutation | mutasi neutral | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Mutasi yang berlaku dalam populasi genetik dan tidak dipengaruhi oleh pemilihan semula jadi. Mutasi ini tidak memberi kesan kepada kebolehupayaan sesuatu organisma untuk bermandiri dan menghasilkan keturunan. |
neutral power | kuasa berkecuali | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pihak yang berkuasa tetapi berpendirian untuk tidak memihak kepada mana-mana kelompok atau pihak yang sedang bersaing. Badan atau negara ini mengambil sikap berkecuali atau tidak memihak walaupun berupaya untuk menyokong mana-mana pihak yang disukainya. Contohnya, negara China merupakan kuasa berkecuali pada Perang Teluk 1990. |
neutral vehicle | kenderaan berkecuali | Sukan | Lumba Basikal | Kenderaan yang mengiringi pelumba untuk memberikan bantuan kepada pelumba, sekiranya perlu. |
neutral zone | zon berkecuali | Sukan | Lumba Basikal | Kawasan dan masa yang tidak dikira dalam pertandingan,oleh sebab kemalangan atau bencana alam. |
neutral theory of molecular evolution | teori neutral evolusi molekul | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teori perubahan evolusi molekul yang berlaku pada peringkat molekul DNA dan protein disebabkan oleh keadaan kekerapan alel yang turun naik secara rawak melalui hanyutan genetik. Keadaan ini menunjukkan bahawa kebanyakan perubahan evolusi dan kebolehubahan spesies berlaku bukan disebabkan oleh pemilihan semula jadi semata-mata. |
neutral territory | wilayah berkecuali | Sains Politik | Politik Perbandingan | Wilayah atau negara yang bebas atau tidak memihak kepada mana-mana negara atau kuasa. Wilayah seperti ini berkecuali kerana kepentingan tertentu seperti keselamatan, ekonomi, politik dan sebagainya. Contohnya, Switzerland merupakan wilayah berkecuali dalam Kesatuan Eropah. Sinonim wilayah neutral/zon berkecuali. |