neutron | neutron | Fizik | Nanoteknologi | Zarah keunsuran neutral yang menjadi juzuk kepada nukleus atom. Jisim zarah ini ialah 1.008664904 (+-) 0.000000014 unit jisim atom. Neutron bebas dihasilkan dalam tindak balas pembelahan nuklear atau dalam proses pereputan beberapa bahan radioaktif, terutamanya pereputan zarah beta. Neutron bebas adalah tidak stabil, mempunyai separuh hayat 614.6 (+-) 1.3 saat (s) dan mereput dengan memancarkan zarah ?-. |
neutron radiography | radiografi neutron | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Teknik radiografi yang menggunakan neutron sebagai punca sinaran. Penyerapan sinar-X dan sinar gama secara langsung bergantung pada nombor atom dan ketumpatan bahan, manakala penyerapan neutron bergantung pada elemen bahan. Contohnya, bahan organik atau air jelas kelihatan dalam radiografi neutron kerana kandungan hidrogen yang tinggi, manakala struktur bahan seperti aluminium dan keluli adalah hampir telus. |
neutron density | ketumpatan neutron | Kejuruteraan | Tiada | Bilangan neutron bebas per unit isi padu. |
neutron flux | fluks neutron | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Keamatan neutron yang melintasi satu unit luas dalam satu unit masa. |
thermal neutron fission | belahan neutron terma | Kejuruteraan | Tiada | Pembelahan nukleus disebabkan neutron terma. |
neutron number density | ketumpatan nombor neutron | Kejuruteraan | Tiada | Bilangan neutron bebas per unit isi padu. |
neutron conservation principle | prinsip keabadian neutron | Kejuruteraan | Tiada | Kadar pertukaran ketumpatan neutron per unit isi padu bersama-sama kadar penyerapan dan kadar pembocoran di dalam reaktor nuklear. |
small-angle neutron scattering (SANS) | serakan neutron sudut kecil (SANS) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah yang menggunakan neutron anjal, tersebar pada sudut sebaran kecil untuk mengkaji struktur pelbagai bahan pada skala mikroskopik di antara 1 � 100 nm. |
multi-group diffusion equation | persamaan resapan berbilang kumpulan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Persamaan yang digunakan dalam analisis berangka untuk mengira taburan neutron dengan mengelaskan neutron kepada kumpulan yang berbeza berdasarkan julat tenaga neutron tersebut. |
wide range - neutron monitoring system (WR-NMS) | sistem pemantauan neutron - julat lebar | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Rangkaian peralatan yang digunakan untuk mengukur fluks neutron merentasi pelbagai spektrum tenaga. |