Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengayau membunuh orang utk diambil kepalanya (adat beberapa suku bangsa yg belum bertamadun): orang Dayak pd zaman dahulu mempunyai adat ~; pengayauan perihal (perbuatan) mengayau; pengayau orang yg kerjanya mengayau: mereka menghormati ~ sbg pahlawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ngayau I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lantai lansaranlantai lansaranMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul serentak. Alat muzik ini dipercayai mempunyai kaitan dengan upacara ngayau, iaitu ambil kepala. Lantai khasnya diperbuat daripada papan kayu yang mudah lentur. Bahagian bawah lantai disokong dengan beberapa kepingan papan kayu yang diletakkan secara mendatar. Beberapa orang penyanyi berdiri di atas lantai dan menggerakkan kaki dengan langkah tertentu sambil menyanyikan pantun. Lantai lansaran mengetuk papan kayu di bahagian bawah untuk menghasilkan pukulan berterusan bagi mengiringi nyanyian pantun oleh pe­nyanyi korus. Kadangkala gong berbusut dimainkan bersama-sama ensembel penyanyi dan lantai lansaran. Alat muzik ini dimainkan oleh suku kaum Murut yang tinggal di kawasan pedalaman di Sabah. Kini, lantai lansaran dimainkan semasa menyambut sesuatu perayaan di kampung atau menyambut tetamu.


Kembali ke atas