Mond process | proses Mond | Kimia | Tiada | Proses pengekstrakan nikel daripada campuran bijih nikel. Campuran bijih dipanaskan pada suhu 50 - 80°C untuk menghasilkan nikel karbonil. Nikel karbonil kemudian terurai kepada nikel tulen apabila dipanaskan. |
nickel poisoning | keracunan nikel | Kimia | Forensik | Keracunan akibat terdedah kepada logam nikel, biasanya terdapat pada barang perhiasan, rantai jam, dan wang syiling dan juga sebatian nikel. Had pendedahan kepada logam nikel ialah 1 ppm dan kepada sebatian nikel ialah 0.1 mg/m3. Gejala keracunan logam nikel termasuk pemekaan kulit dengan gatal-gatal, dermatitis dan asma, manakala keracunan sebatian nikel boleh mengakibatkan sinus hidung dan kanser paru-paru. |
Rufert granules | butiran Rufert | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Mangkin nikel atau nikel Raney dalam bentuk butiran yang digunakan dalam proses penghidrogenan minyak makan biasa dan dipraturunkan dan distabilkan di dalam lemak yang telah dihidrogenkan. |
Raney nickel | nikel Raney | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Mangkin yang dinamakan sempena Murray Raney yang mempatenkan kaedah penyediaan mangkin nikel untuk proses penghidrogenan. Mangkin ini disediakan daripada 50% nikel dan 50% aluminium yang ditindakbalaskan dengan 20% larutan natrium hidroksida, yang akan meninggalkan mangkin nikel yang berongga. Untuk keaktifan dan kestabilan yang tinggi, sedikit aluminium ditinggalkan sebagai hidrat. Mangkin ini berkeluasan permukaan antara 80 � 100 meter persegi per gram. |
nickel plating | penyaduran nikel | Kimia | Tiada | Pengendapan logam nikel secara elektrolisis pada permukaan logam lain. Penyaduran nikel menghasilkan permukaan yang tahan kakis. |
monel | monel | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Aloi nikel yang terdiri daripada 67% nikel dan 30% kuprum. Aloi ini lebih kuat dan tahan kakis daripada nikel dan kuprum tulen. |
SS 300 series | SS siri 300 | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Keluli tahan karat dengan kandungan kromium dan nikel yang tinggi. Jika digit kedua 0, kandungan nikel < 10% dan jika 1, kandungan nikel > 10%. |
nickel silver | perak nikel | Teknik | Elektrik | Aloi zink, kuprum, dan nikel. Bahan ini digunakan sebagai unsur dawai perintang. Nama lain bahan ini ialah perak Jerman. |
nickel plating | penyaduran nikel | Kesenian | Tiada | Proses menyadur benda kerja dengan nikel. |
nickel steel | keluli nikel | Kimia | Tiada | Keluli yang mengandungi sehingga 6% nikel. |