Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak tebal, tipis; menipis menjadi nipis; menipiskan menjadikan nipis; kenipisan keadaan atau sifat nipis: ~ cakera brek boleh mengeluarkan bunyi bingit; penipisan proses atau perbuatan menipis atau menipiskan: ~ ozon yg disebabkan oleh pembakaran plastik secara terbuka adalah membahayakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nipis
Rujuk :tipis

Puisi
 

Kalau tuan meragi kain,
     Biar nipis jangan jarang;
Kalau tuan mencari lain,
     Biar lebih daripada terkurang.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thin layer chromatography (TLC)kromatografi lapisan nipis (TLC)HerbaPemiawaianKaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik atau aluminium. Sampel diaplikasikan pada permukaan lapisan nipis sebagai bintik kecil atau jalur di bahagian bawah. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan merendam bahagian bawah kepingan dalam sistem pelarut pembangun dan membolehkan pelarut itu meresap naik melalui tindakan kapilari. Sebatian tulen akan dapat dikesan sebagai bintik masing-masing pada kedudukan tertentu menggunakan sinar ultralembayung atau reagen kimia yang sesuai. Kedudukan sebatian ini dirujuk sebagai faktor retensi (nilai Rf). Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan. Contohnya, ekstrak metanol tongkat ali (Eurycoma longifolia) mengandungi sebatian eurikomanon yang dapat dikenal pasti melalui kaedah kromatografi lapisan nipis.
thin layer chromatography (TLC)kromatografi lapisan nipis (TLC)HerbaTiadaKaedah pemisahan pelbagai bahan kimia yang terdapat dalam herba. Fasa pegunnya terdiri daripada pepejal yang disebarkan dalam bentuk lapisan nipis pada plat penyokong yang dibuat daripada kaca, logam atau plastik. Fasa geraknya terdiri daripada campuran pelarut organik, bahan kimia dan bahan akueus. TLC digunakan dalam analisis kawalan kualiti kebanyakan bahan herba. Dalam analisis ini, larutan sampel herba biasanya dititiskan dalam bentuk tompok atau jalur pada satu hujung plat (garis dasar) dengan mikropipet. Plat tersebut dibangunkan dalam balang pembangunan yang tepu dengan fasa gerak. Bahan kimia dalam sampel akan terpisah dalam bentuk jalur dan menghasilkan profil kromatogram pada plat. Jalur terpisah ini dikesan sama ada di bawah cahaya nampak, sinaran ultralembayung atau selepas dirawat dengan reagen pewarna tertentu. Jenis warna, intensiti warna dan nilai faktor penahanan (Rf) bagi setiap jalur terpisah ditentukan. Nilai Rf dihitung daripada ungkapan a/b iaitu a ialah jarak yang dilalui oleh jalur terpisah dari garis dasar dan b ialah jarak yang dilalui oleh hadapan pelarut dari garis dasar. Kromatografi lapisan nipis juga digunakan untuk pemisahan kebanyakan bahan kimia seperti alkaloid, flavonoid, terpena dan sebagainya. Dalam TLC preparatif, jalur yang terpisah dikikis daripada plat, dan bahan kimianya diekstrak dengan pelarut yang bersesuaian. Analisis TLC kuantitatif dilakukan melalui kaedah densitometri.
aluminized valveinjap beraluminiumKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaInjap enjin yang diselaputi lapisan nipis aluminium yang membolehkan injap menjadi lebih nipis, keras, dan tahan.
endocardiumendokardiumKejururawatanTiadaMembran nipis yang menyelaputi kaviti jantung dan permukaan tisu perantara jantung.
parquetparketKesenianHiasan DalamanKayu keras nipis yang disusun menjadi corak tertentu dan dijadikan sebagai penyudah di permukaan lantai. Parket biasanya dipasang membentuk corak berjalur atau zig zag dan dikilatkan pada tahap yang tinggi. Pelbagai bahan digunakan untuk menghasilkan parket, misalnya kayu, buluh atau palma bertam. Parket biasanya berukuran 4 inci lebar dan 4 inci panjang atau 9 inci lebar dan 9 inci panjang.
veneervenirKesenianHiasan DalamanKepingan kayu nipis yang mempunyai ira dan jalinan yang menarik serta digunakan untuk melapisi permukaan perabot atau papan lapis.
gasketgasketKejuruteraan AutomotifEnjinSekeping bahan nipis boleh mampat seperti kertas, gabus, getah, logam lembut, bahan sintetik atau gabungan bahan tersebut yang diletakkan di antara dua permukaan sama bentuk, yang diikat bagi membentuk kedap yang ketat untuk mengelakkan kebocoran. Contohnya, gegelang logam yang terdapat pada palam pencucuh.
shimkepipisKejuruteraan AutomotifEnjinKepingan logam nipis yang diletakkan di antara dua bahagian untuk tujuan pelarasan dan kadangkala digunakan untuk melarang kelegaan galas.
gasketgasketKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLapisan nipis yang dibuat daripada bahan yang lembu untuk mencantumkan dua bahagian berpermukaan rata supaya kedua-dua bahagian menjadi kedap dan ketat.
separatorpengasingKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Keretakepingan nipis yang diperbuat daripada kayu, getah atau kaca yang diletakkan di antara plat positif dengan plat negatif di dalam bateri.
1234567

Kembali ke atas