Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perbandingan, perimbangan, kadar: tujuh peratus ditulis 7% menunjukkan ~ 7:100 dan boleh digambarkan dgn pecahan ; apabila asid dicampur dgn larutan alkali dgn ~nya yg tertentu, larutan yg terjadi itu menunjukkan sifat-sifat yg berlainan drpd asid atau alkali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nisbah (kata nama)
Bersinonim dengan perbandingan, perimbangan, kadar, nilai, skala.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Damkohler number group IInombor Damkohler Kumpulan IIKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah kadar tindak balas kimia terhadap kadar resapan molekul bagi tindak balas kimia bermangkin yang dijelaskan sebagai dengan rp = jejari liang, -R = kadar tindak balas kimia, Cs = kepekatan bahan tindak balas pada permukaan mangkin, Deff = pekali resapan molekul berkesan.
enlargementpembesaranMatematikTiadaPenjelmaan yang mempunyai satu titik tetap, (yang dikenali sebagai pusat pembesaran) manakala titik-titik lain pada satah bergerak dari titik tetap itu mengikut nisbah tertentu. Nisbah pembesaran disebut faktor skala. Ciri-ciri pembesaran ialah: (i) Garis-garis yang menyambungkan pasangan titik yang sepadan pada objek dan imejnya bertemu di pusat pembesaran; (ii) Objek dan imej adalah serupa; (iii) Jika faktor skala > 1, saiz imej adalah lebih besar daripada saiz objek; (iv) Jika faktor skala < 1, saiz imej adalah lebih kecil daripada saiz objek; (v) Jika faktor skala = 1, imej ialah objek itu sendiri.
double saltgaram ganda duaKimiaTiadaSebatian yang terbentuk apabila campuran larutan dua garam yang berbeza dihablurkan dengan nisbah lomar tertentu. Sebatian ini merupakan garam kompleks yang mengandungi dua kation yang berlainan. Misalnya, ferum(II) ammonium sulfat, Fe(SO4)- (NH4)2SO4 diterbitkan daripada campuran dua garam asal, iaitu ferum (II) sulfat, FeSO4 dan ammonium sulfat, (NH4)2SO4. Larutan garam ini mengion untuk menghasilkan ion ferum(II), ion ammonium dan ion sulfat.
familial dependency rationisbah tanggungan keluargaGerontologiTiadaNisbah kebolehdapatan sokongan generasi muda terhadap ibu bapa berdasarkan pengiraan yang berikut: (i) Jumlah individu yang berumur 80 tahun dan ke atas dibahagikan dengan jumlah individu yang berumur antara 60 tahun hingga 64 tahun. (ii) Jumlah individu
eeMatematikTiadaNombor tak nisbah yang boleh ditakrif sebagai (i) hasil tambah siri tak terhingga (ii) nombor yang mendekati (iii) nombor yang memenuhi sifat
Synthol processproses SyntholKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses mirip SRC-II yang menghasilkan minyak berat daripada arang batu. Proses ini dimulakan dengan memanaskan buburan arang batu-minyak pada nisbah 1 : 2 di dalam atmosfera kaya hidrogen. Kemudian buburan itu ditindakbalaskan di dalam reaktor turus terpadat dengan menggunakan mangkin kobalt/molibdat di atas silika/alumina pada suhu 465�C dan tekanan 4000 psig.
Damkholer number group IVnombor Damkohler kumpulan IVKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah haba yang dihasilkan terhadap pemindahan haba secara pengaliran bagi tindak balas kimia bermangkin yang dijelaskan sebagai Dm(IV) = Dm | b| dengan Dm(IV) = nombor Damkohler kumpulan IV. Dm = nombor Damkohler kumpulan II, | b| = nilai positif termisiti.

Kembali ke atas