Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nis.bi] | نيسبي

Definisi : bergantung pd bandingan dgn yg lain, tidak mutlak, relatif: kalau orang me­nga­takan rumah itu besar, itu ~ sahaja, kerana membandingkannya dgn rumah yg lebih kecil, kalau dibandingkan dgn rumah yg lebih besar, rumah tersebut kecil; kenisbian perihal (sifat dsb) tidak mutlak, sifat relatif: ~ nilai-nilai moral. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nisbi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
consolidation, coefficient ofkoefisien pemadatanHidrologiTiadaPengurangan nisbi isi padu tanih oleh pemadatan per unit tambahan kenaikan tegangan efektif. Kadangkala ditakrifkan sebagai pengurangan nisbi ketinggian.
body conekerucut jasadMekanikTiadaKerucut yang dibentuk oleh paksi putaran ketika iaitu garis tindakan vektor halaju sudut (ω) bagi sesuatu jasad yang sedang berputar di sekitar suatu titik tetap nisbi terhadap jasad berkenaan. kerucut jasad bertangen dengan kerucut ruang di sepanjang garis tindakan vektor halaju jasad itu, dan gerakan jasad tersebut boleh diwakili oleh penggulingan kerucut jasad pada permukaan kerucut ruang yang tetap. Kerucut ini juga dinamai kerucut polhod. Lihat juga kerucut ruang.
thermaltermaSainsTiadaIsi padu udara yang mempunyai keapungan disebabkan ketumpatannya rendah berbanding dengan sekitarnya dan oleh itu ia membumbung. Terma terhasil dalam keadaan pemanasan suria yang kuat di atas tanah dan mengakibatkan kadar tukaran adiabatik di aras bawah. Terma yang kuat bercenderungan berlaku di wilayah yang permukaan buminya lebih panas daripada kawasan sekitarnya; cerun yang menghadap matahari dan bandar merupakan sumber terma yang diakui oleh penerbang gelungsur. Terma terdapat di awan kumulus walaupun selalu wujud tanpa bukti. Cerapan menunjukkan pola tipikal gerakan udara dalam suatu terma ialah halaju menegak maksimum berlaku dalam teras pusat bersama dengan gerakan peredaran (gelang vorteks) menuju ke salah satu tepi terma. Terma membesar apabila bahagian depannya bercampur dengan udara sekitarnya dan kemudian bercampur dengan udara di belakangnya. Jadi, kelebihan suhu dan keapungan terma nisbi terhadap sekitarnya berkurangan secara janjangan.

Kembali ke atas