Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.dus] | نودوس

Definisi : (Bio) struktur berbentuk bujur spt kapsul; ~ limfa struktur yg berbentuk bujur spt kapsul yg terdapat di sepanjang salur limfa, berfungsi sbg jala utk memerangkap dan memusnahkan bendasing semasa cecair limfa melalui salur tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nodus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
atrioventricular nodenodus antrioventrikalKejururawatanTiadaSatu kumpulan tisu khusus jantung yang terdiri daripada sistem kontraksi jantung serta menerima impuls untuk mengecut daripada nodus sinoatrium.
nodal pointstitik nodusSains KesihatanTiadaSepasang titik konjugat yang dilalui oleh paksi optik sistem penglihatan.
bubobuboHerbaFitoterapiRadang dan bengkak pada nodus limfa terutamanya pada ketiak atau celah kelengkang akibat jangkitan penyakit seperti plag, sifilis, gonorea dan tuberkulosis.
atrioventricular bundleberkas atrioventrikelKejururawatanTiadaBerkas serat otot jantung khusus daripada nodus atrioventrikel ke serat Purkinje yang berfungsi menghantar impuls kontraksi otot jantung ke ventrikel jantung. Ia terdiri daripada berkas kanan dan berkas kiri, satu bagi setiap ventrikel.
minimum angle of deviationsudut sisihan minimumSains KesihatanTiadaSudut terkecil pada titik nodus mata yang membolehkan dua titik atau garisan kelihatan terpisah.
ectopic beatdenyutan ektopikKejururawatanTiadaDenyutan jantung akibat impuls yang dijanakan di luar nodus sinoatrium. Sinonim: extrasystole.
visual axispaksi penglihatanSains KesihatanTiadaGarisan dari suatu objek sasaran melalui sepasang titik nodus ke pusat fovea.
atrial fibrillationfibrilasi atriumKejururawatanTiadaKeadaan aritmia yang dicirikan oleh kadar denyutan nadi yang cepat dan tidak teratur kerana gangguan pada nodus sinoatrium.

Kembali ke atas